Ini panorama di sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.

Pesta ni merupakan acara tahunan dan setakat ini lokasinya tetap di Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra Trade World Centre) atau lebih dikenali PWTC yang terletak di Jalan Putra, Kuala Lumpur.

Jika kawan2 naik kereta, boleh letak kereta di Hentian Putra dengan bayaran RM 3.00 sekali masuk, nak makan minum boleh di sana, solat pun sebab aktiviti beli buku ni selalunya seharian.

Selain naik kereta boleh juga naik STAR-LRT, turun di stesen PWTC.

Boleh juga naik komuter aliran Sentul-Pelabuhan Klang atau Rawang-Seremban (dua2 boleh), turun di Hentian Putra. Kedua2 aliran komuter ni menggunakan laluan yang sama, tapi Hentian Putra ni merupakan stesen terakhir yang kedua2 aliran ni kongsi.

Bas? Tedi tak tahu. Serius. Percayalah. Tak percaya? Lantaklah. Ada Tedi kisah?

Ramai la manusia di sana.

Tedi snap gambar sikit2 je. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi malas ah nak upload banyak2, Tedi sibuk nak siapkan kerja sekolah ni.

Di pentas utama. Di sini sering diadakan wawancara, persembahan & juga penyampaian hadiah.
Ini belon PTS. Mommy selalu ke gerai PTS.
Master pun selalu juga beli buku terbitan PTS Islamik (kalau tak silap).

Wah, Ustazah Nurbahiyah dan suami.
Semanis kurma...

Ini buku2 yang Master beli di PBAKL 2010.

Yakjuj & Makjuj: Bencana di sebalik gunung, Alexander adalah Zulqarnain,
Kisah Para Nabi, Ikrimah: Penentang jadi pembela, Umar Al-Khattab, Tariq: Menang ataupun syahid.

Ini buku2 yang Master & Mommy beli.