Temerloh adalah sebuah bandar di Pahang yang terletak berhampiran Felda Sungai Lui

  • Lensa Tedi kali ini merakam beberapa foto di sekitar Dataran Temerloh.
  • Dataran Temerloh ini terletak berhampiran dengan Sungai Pahang yang mahsyur itu.
Gambar mercu tanda nama Temerloh di tepi Sungai di negeri Pahang
Ikon signboard Temerloh tepi Sungai Pahang yang boleh dilihat dari Dataran Patin Temerloh atau Esplanade Temerloh.
# 8, Jalan Semantan 1, 28000 Temerloh, Pahang # https://goo.gl/maps/BMRpLDjQGrkqvdtb8 #

Bandar Temerloh ini jika dirumuskan adalah bandar yang paling dekat dengan Felda Sungai Lui Negeri Sembilan. Felda Sungai Lui adalah kawasan Tanah Rancangan Persekutuan di mana Tokki menjadi pengurusnya pada masa kejadian. Bandar dalam Negeri Sembilan yang tedekat dengan Felda Sungai Lui adalah Bandar Baru Serting yang kemudian ditukar nama kepada Bandar Seri Jempol, tetapi ia bukanlah sebuah bandar walaupun namanya bandar. Jika betul-betul nak ke bandar yang sememangnya bandar, Temerloh yang terletak dalam negeri Pahang adalah pilihan terbaik.

Cukup penjelasan mengenai relevannya bandar Temerloh kepada penduduk Felda Sungai Lui, di bawah adalah koleksi gambar di Temerloh.

Gambar rakyat Pahang menaiki bot mudik Sungai Pahang di Temerloh Pahang
Panorama penduduk Pahang menaiki bot di Sungai Pahang.

 

Gambar Dataran Temerloh Pahang
Di Dataran Temerloh boleh santai-santai sambil tengok sungai, cuma Tedi tak berapa pasti jika kita boleh naik bot di sana.

 

Gambar motif ikan patin di lantai Dataran Temerloh Pahang
Bahagian lantai ada hiasan bermotifkan ikan, mungkin simbolik kepada Ikan Patin yang terkenal di Negeri Pahang Darul Makmur.

 

Gambar mercu tanda Temerloh di Seberang Sungai Pahang dari Dataran Temerloh Pahang
Ketika cuaca cerah memang epik mengambil gambar papan tanda TEMERLOH tepi Sungai Pahang yang terletak di seberang.

 

Gambar pondok kecil atau jeti kecil di tepi Sungai Pahang
Gambar satu bangunan kecil di tepi Sungai Pahang yang Tedi tak dapat pastikan apakah bangunan tersebut?

 

Gambar menara tinjau di tepi Sungai Pahang di Dataran Temerloh Pahang
Menara Tinjau juga disediakan di Dataran Patin Temerloh untuk meninjau pemandangan tepi Sungai Pahang, cuma Tedi tak sempat panjat.

 

Gambar laluan pejalan kaki di Dataran Temerloh di Pahang Malaysia

 

Gambar deretan kedai berhampiran Dataran Temerloh Pahang
Gambar deretan kedai yang ada berhampiran Dataran Temerloh di Pahang.

 

Gambar suasana Bandar Temerloh dari Dataran Sungai Temerloh
Suasana bandar Temerloh di sekitar Dataran Temerloh. Agak aman.

 

Gambar Cendol Special Dataran Temerloh Pahang
Panas-panas, minum Cendol Special pun okay juga. Gambar Cendol Temerloh.

 

Gambar papan tanda Gerai MPT Lurah Semantan, Majlis Perbandaran Temerloh
Papan tanda Gerai Majlis Perbandaran Temerloh (MPT a.k.a MP Temerloh) Lurah Semantan.

 

Selamat Datang ke Bandar Temerloh
Selamat datang ke Bandar Temerloh.

 

Gambar bangunan-bangunan kedai di Bandar Temerloh Pahang
Bangunan PAS Pahang. Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang.
Amanah Ikhtiar Malaysia, Wawasan Gemilang Services
Restoran Kari Kepala Ikan Raub.
Restoran Ibu Jah.

20141204 / 20101204