Daftar ini terhasil daripada persoalan mengenai nama Negeri Seribun Kota Mengkuang yang kononnya nama bagi Negeri Terengganu.

Apakah maksud perkataan "Seribun" itu? Pada pendapat patik yang hina ini, lebih bagus jika digunakan perkataan "Seribu". Maka bermulalah aktiviti patik mem-Bing dan meng-Google.

Gambar di Pulau Bengkalis

cuzzzganteng.wordpress.com: memori waktu tugas di Pulau Bengkalis

Ini mungkin maksud perkataan tersebut:

Seribu (satu ribu)

    •  terdapat lagu dari kumpulan Ungu, "Seribun Satu Cinta" yang lebih dikenali sebagai "Seribu Satu Cinta", mungkin ada sebahagian kecil orang Indonesia yang menggunakan seribun untuk seribu,
    • ini diperkuatkan lagi dengan teks "ada dongeng dari kota seribun satu malam" yang patik percaya bermakna "ada dongeng dari kota seribu satu malam" yang merujuk kepada cerita-cerita dongeng 1001 Malam yang popular itu.
    • juga beberapa hasil carian yang menukilkan nama "Kepulauan Seribun" di wilayah Indonesia. Dalam wikipedia tentang Jakarta versi Bahasa Melayu, nama ini disebut "Kepulauan Seribu".
Gambar duit kertas seribu Ringgit Malaysia tahun 1983-1984
Duit kertas satu ribu atau seribu Ringgit Malaysia keluaran tahun 1983-1984. Sumber: https://www.pmgnotes.com.

Komentar

  • Hanya 1 hasil buat masa ini, sesuai dengan keterbatasan patik dalam menguasai bahasa-bahasa. 
  • Nampak gaya, mungkin benar nama negeri itu ialah "Negeri Seribu Kota Mengkuang". Adakah benar ia nama asal Negeri Terengganu, wallahu'alam.