Gambar bendera negeri Pulau Pinang
Bendera Pulau Pinang

Maksud Bendera Pulau Pinang

Biru Muda:Negeri Pulau Pinang dikelilingi lautan indah
Putih:Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang aman damai.
Kuning:Kemakmuran
Pohon Pinang:Nama sejenis tumbuhan yang banyak didapati di negeri Pulau Pinang yang menjadi asal kepada nama negeri.

 

Semua rakyat Malaysia mesti kenal akan Negeri Pulau Pinang.

 

Pulau Pinang selalunya dipanggil Penang, terbahagi kepada 2 bahagian amnya iaitu Seberang Perai (Tanah besar) dan Tanjung (pulau). 

Kalau dalam peta, di tanah besar lebih popular Butterworth manakala di pulau lebih popular Georgetown.
 

Terdapat lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas yang terletak di pulau.

 
Seberang Perai dan Tanjung dihubungkan melalui jambatan Pulau Pinang dan juga penggunaan feri. Pada masa ini [20121016], sebuah jambatan kedua sedang dibina untuk mengatasi kesesakan di jambatan Pulau Pinang yang sedia ada.

 

 

Pulau Pinang ini asalnya di bawah kerajaan Negeri Kedah, sebelum diserahkan oleh Sultan Kedah kepada British melalui beberapa perjanjian. Pada mulanya, hanya pulau (Tanjung) sahaja diambil British, sebelum British meminta Seberang Perai kerana bimbangkan sekatan bekalan logistik seperti air bersih oleh kerajaan Kedah.

Apa yang menarik, banyak bangunan tinggi dibangunkan di pulau, namun Komtar masih kelihatan sebagai bangunan tertinggi di sana, jika tidak di sekitarnya.
Bukit Bendera pula merupakan kawasan tertinggi di pulau, dan boleh didaki menggunakan kereta kabel yang hanya memakan masa 4 minit untuk naik dan turun.

Batu Feringghi mungkin terkenal dengan pantainya, namun dukacitanya semua pantai di sana mungkin tidak boleh diakses oleh orang awam. Kalau mahu, boleh minta izin pengurusan mana-mana hotel untuk menggunakan pantai dalam kawasan mereka (seperti yang dimaklumkan oleh penduduk tempatan).
Terdapat Taman Negara Pulau Pinang di kawasan Teluk Bahang, dan nampaknya aktiviti di sana agak menarik. Anda boleh jungle trekking ke kawasan pantai2 di sana atau menaiki bot. Gambaran pemandangan di sana agak menarik. Boleh rujuk foto di facebook.com/tamannegara.penang.

Untuk makan2 boleh ke Persiaran Gurney(pasembor, rojak, laksa dll.) atau Pantai Seagate (makanan laut) atau Jalan Masjid Kapitan Keling (nasi kandar) atau Padang Kota Lama (pasembor, rojak, laksa dll.).

Tempat yang amat menarik perhatian ialah Fort Cornwallis dengan bayaran masuk 2 Ringgit Malaysia sahaja. Banyak maklumat sejarah di sana. Ada kubu, patung Francis Light, gereja, rumah api, meriam-meriam lama, dan stor bahan letupan. Meriam yang amat menarik perhatian ialah Meriam Sri Rambai.

Rasanya tiada apa yang menarik lagi bagi orang macam kami di sana. Tempat-tempat menarik yang lain boleh rujuk Google.com atau Bing.com.

Pesan kawan, jika mahu makan nasi kandar, jangan cari yang betul-betul proper di dalam restoran sebaliknya cari yang ala-ala tepi lorong, kerana rasanya lagi sedap (saya tak syorkan sangat kerana nampak kurang bersih, tapi memang sedap dan masakannya panas-panas).

Jika ada masa, kami akan cuba upload foto-foto yang berkaitan dalam satu daftar yang khusus untuk rencana jalan-jalan, rencana ini cuma untuk cerita pasal Pulau Pinang secara umum.

20121016