Hari ini Master mengarut, entah apa yang dikarutkannya (karut, bukan carut), Tedi pun tak tau.

Rupa-rupanya pasal 7 janji PM kepada rakyat Kelantan.

Master dengki la tu sebab bila pilihanraya jer, rakyat Kelantan ditaburkan macam-macam, daripada mentol lampu motor percuma sehinggalah masjid terbesar. Jambatan yang belum siap tu takde lak kedengaran bila nak disiapkan sedangkan nyata terang-lagi-bersuluh itu projek Kerajaan Persekutuan. Tarikh siap pun dah berapa kali ubah, Tedi pun tak tau.

Master pun satu la, memangla takde janji tapi diorang bagi jugak kan macam-macam?
Apa? Takde? Yang nampak cuma jalan yang dibaiki lepas tu tak sampai sebulan dah jahanam?
Silap master jugak sebab mintak jalan takde tol, cuba ada tol, mesti ok punya.

Dah lah master, itu rezeki orang Kelantan. Orang negeri lain boleh pakat tengok je lah. Kalau nak macam rakyat Kelantan, Selangor, Kedah, Penang silalah undi parti pembangkang, melainkan kalau master duduk di Sabah dan Sarawak. 26 Januari 2013