Ini satu lagi berita yang mendukacitakan.

Tak sangka Tedi akan mendapat berita seperti ini sejurus saja Tedi habiskan Cendol Pulut Biasa yang Mommy beli tadi.

Puak Belut nampaknya kini diancam kepupusan. 

Penyebabnya masih lagi jadi misteri kepada para penyelidik.

gambar belut
Belut Amerika, kepupusan mereka merupakan satu berita sedih kepada dunia. Seed Daily: Slippery Eels toward disaster.

Spekulasi mengatakan belut mengalami kepupusan adalah bersandarkan kepada fakta bahawa semakin kurang bilangan anak Belut yang berpindah daripada Lautan Antlatik ke sungai-sungai di sepanjang pantai Amerika Utara.

Tak pasti pula bagaimana dengan keadaan belut2 di Malaysia kerana Tedi percaya orang Malaysia bukan peduli pun dengan kemaslahatan haiwan2 di Malaysia ni. Kalau kucing, anjing, arnab tu ada la juga yang bising-bising. Itu pun banyak je anjing-anjing terbiar melata, belum lagi kucing dibuang tak tentu hala.

Sentuh pasal belut, binatang ini mempunyai permintaan tinggi bukan saja di Asia, malahan di restoran Asia di luar Asia. Harga belut kini melonjak mahal, maka keadaan ini akan mendorong manusia yang tamak haloba untuk menangkap belut dan menjualnya selagi boleh.

Tunggu dan lihat apa jadi selepas ini, terutamanya di dalam Malaysia.

Bacaan Tedi mengenai kepupusan belut:


Karangan ini ditaip pada 20 Mei 2013 dan dikemaskini pada 1 Mei 2019.