Master kata, "Bestnya kalau dapat pergi Makkah."

Ramainya manusia jadi tetamu Allah subhanahu wa ta'ala.
"Kenapa best?", tanya Tedi sambil ngadap tab, main candy crush.

Tedi pun pandai main candy crash tau, bukan Mommy jer reti main. Walaupun jari Tedi ni besar, selamber jer Tedi dapat "delicious".

"Best la, dapat jadi tetamu Allah."

"Dah tu kenapa Master tak jadi tetamu Allah?"

"Takde duit lagi nak pergi.", jelas Master.

"Kenapa perlu ada duit? Start kereta tu, pergi je la.", Tedi bangkang hujah Master itu. Alasan jer semua tu, nak kena naik kapal terbang konon...

"Eh eh Tedi ni, bukannya dekat, kena pergi naik kapal terbang!"

"Itu la Master, yang jauh sibuk nak pergi, yang dekat tak nak pergi!"

"Yang dekat?", Master buat juling-juling lak, kononnya tak faham la tu.

"Surau tu ha, pergi je la jemaah kat sana, jadi tetamu Allah jugak la tu."

Master senyap & terus blah. Benarlah kata Dr. Mahathir, "Melayu mudah lupa." Eh, ada kena mengena ker? Hahaha.

Manusia ni selalu lupa yang pergi Mekah tu sekali jer cukup. Yang penting ialah pergi ke Baitullah-Baitullah yang ada berdekatan kita ni. Azan bukan sekadar dijawab, tetapi juga disahut panggilan-Nya.

Semoga Master dikurniakan nikmat untuk menjadi tetamu Allah subhanahu wa ta'ala. Aamiin.
20130528