Sudah lama Master tak borak dengan Tedi pasal teknologi telefon ni, pastu tiba-tiba tadi Master duk citer pasal Google bergaduh dengan Microsoft.

Alkisahnya Microsoft sudah bangunkan satu apps untuk mainkan video YouTube atas Windows Phone.
Applikasi tu pulak boleh download video dan mainkan video tanpa iklan.


Sudah tentu la Google marah kerana Google hantu iklan!

Google sound Microsoft dan suruh mereka tarik apps tersebut. Microsoft kata mereka akan cuba selesaikan secepat mungkin.

Microsoft salahkan Google kerana tak sediakan aplikasi yang sesuai. Google kata, guna yang web aje dah memadai. Ada ka patut? Berlagak sungguh.


Microsoft jawab mereka dengan senang hati boleh masukkan iklan tu kalau Google beri kerjasama.

Lantak korang la. Nak gaduh, gaduh la. Tedi bukan layan Youtube pun.

Baca sendiri di: