Baru2 ni UNICEF minta pandangan Master berkenaan perkara2 yang perlu ditambahbaik untuk kanak2 di Malaysia.

14 Mei 2013, UNICEF hantar keputusannya:

Keutamaan kepada orang ramai ialah melindungi kanak-kanak daripada penganiayaan (abuse), pengabaian (neglect) dan keganasan (violence).
Mungkin itulah harapan rakyat Malaysia selama ini apatah lagi di Malaysia ni entah berapa banyak kes penganiayaan kanak-kanak dilaporkan.

Keputusan mengikut ranking:

  1. 18.26% - Melindungi kanak2 daripada penganiayaan, pengabaian & keganasan.
  2. 14.11% - Memastikan semua kanak2 mendapat cukup makanan berzat.
  3. 12.03% - Pengimunan kanak2 untuk melindungi mereka daripada penyakit.
  4. 12.03% - Memastikan kanak2 mendapat air minuman bersih & selamat di samping kemudahan sanitasi.
  5. 10.79% - Memastikan kanak2 sekurang2nya tamat sekolah rendah.
  6. 10.37% - Jaga, sokong & lindungi kanak2 yang hidup atau bekerja di jalanan (gelandangan).
  7. 8.30% - Jaga, sokong & lindungi kanak2 yang hidup atau bekerja dengan kecacatan.
  8. 5.40% - Memastikan keselamatan kanak2 dalam situasi kecemasan.
  9. 4.98% - Memastikan keselamatan kanak2 semasa perang atau konflik bersenjata.
  10. 3.72% - Jaga, sokong & lindungi kanak2 yang dijangkiti HIV & AIDS.


Terima kasih UNICEF!

20130523