Anjing Jadian? Apakah itu Anjing Jadian? Kalau Serigala Jadian tu pernah la Tedi dengar.

Hari ini seekor kawan Tedi menghantar sepucuk email.

Dia mengkhabarkan mengenai Anjing Jadian. Tak pernah Tedi dengar pasal Anjing Jadian ni, maka Tedi pun melakukan sedikit penyelidikan.

 

Anjing Jadian yang digambarkan oleh Master Dragon 09.
Sekadar gambar hiasan, gambar sebenar ada di bahagian bawah artikel.

Bukan sekadar cerita biasa, kawan Tedi lampirkan gambar2 untuk menyokong cerita ini.

 

Beberapa carian yang Tedi lakukan menjelaskan bahawa Anjing Jadian (Weredog) sebagai:

"Suatu makhluk yang boleh berubah bentuk daripada anjing kepada manusia dan sebaliknya." ~ http://en.wiktionary.org/wiki/weredog

 

"Anjing jadian adalah kata nama merujuk kepada sejenis setengah manusia, setengah spesis anjing. Apabila tidak dilihat, anjing itu akan menjadi manusia biasa, tetapi apabila ia dilihat, ia akan bertukar menjadi watak seperti anjing. Ia mungkin hasil daripada pengacukan manusia dengan anjing. Terdapat kira-kira 1,000 daripada mereka di dunia, dan mereka mungkin anda atau saya. Ciri-ciri Anjing Jadian adalah jahil, mendesak dan bangga diri."http://mirror.uncyc.org/wiki/Weredog

 

Asal-usul Anjing Jadian?

"Anjing-jadian ini mempunyai asal-usul di Eropah (Greek purba, dan banyak lain-lain), serta Asia (China dan budaya lain)."http://warriorsofmyth.wikia.com/wiki/Weredog

 

Koleksi gambar Anjing Jadian di seantero dunia:

 

Anjing Jadian - bertukar bentuk kepada Serigala?

 

Anjing Jadian bertukar bentuk kepada seekor Siput... siap ada bunga2 lagi.

 

Wah, Anjing Jadian ini kelihatan sungguh comel apabila menjadi 2 ekor panda. Tunggu... 2 ekor?

 

2 ekor Anjing Jadian ketika berubah bentuk.

 

Apakah ini? Fire Fox?

 

Gambar anjing jadian berupa seekor Harimau Belang
Anjing Jadian juga boleh bertukar kepada maskot Harimau Malaya!

 

Wah, kalau bawa jalan2 di kebun ni, mesti bertempiaran orang lari.

 

Gambar anjing disolek sebagai seekor rama-rama
Saya seekor Rama-Rama!

 

Unta padang pasir...

 

Cerita sebenarnya di sebalik kehadiran Anjing Jadian ini?

Kawan Tedi kata mereka ini berubah bentuk sebegini setelah pemilik mereka yang terlebih duit dah bosan & tak tahu nak buat apa dengan duit tu. Jadi mereka pun tatarias anjing2 mereka sebegini.

 

Bacaan lain mengenai Anjing Jadian?

Tak banyak pun, tapi ada pulak bacaan yang menarik untuk dibaca nanti. Tedi log dululah, lain kali boleh baca.

Ok la, nak sambung buat kerja sekolah.


20130529