Master cerita pasal Israk Mikraj tadi, dia dapat daripada khutbah minggu lepas.

Cerita Master tu boleh dibahagikan kepada beberapa tajuk: Ucapan Nabi Muhmmad sollallahu 'alaihi wassalam kepada Allah subhanahu wa ta'ala |  Allah subhanahu wa ta'ala menyambut dengan ucapan salam |  Kemudian Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam ucap salam lagi & tak lupa salam untuk hamba2 Allah yang soleh sekali | Komen Tedi pasal 3 ucapan tahiyyat ni: | Rujukan:


Rupa-rupanya bacaan tahiyyat yang manusia Muslim duk baca dalam solat itu adalah ucapan2 di antara Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam dan Allah subhanahu wa ta'ala.

3 ucapan itu ialah:

Ucapan Nabi Muhmmad sollallahu 'alaihi wassalam kepada Allah subhanahu wa ta'ala

"Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yg baik-baik semuanya untuk Allah."

Adab Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam apabila berbicara (berdoa) dengan Allah subhanahu wa ta'ala dimulakan dengan puji-pujian.

 Allah subhanahu wa ta'ala menyambut dengan ucapan salam

"Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi beserta rahmat Allah dan keberkatanNya."

Adab kita ketika berdoa juga perlu diserta selawat & salam ke atas Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam.

 Kemudian Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam ucap salam lagi & tak lupa salam untuk hamba2 Allah yang soleh sekali

"Selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik."

Komen Tedi pasal 3 ucapan tahiyyat ni:

  • Sungguh menakjubkan! Walaupun itu adalah dialog di antara Allah subhanahu wa ta'ala dan Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam, namun apabila seorang hamba mengucapkannya dalam solat ia tidak kekok & maknanya berubah kepada:
    •  hamba itu mengucapkan pujian kepada Allah subhanahu wa ta'ala, 
    • hamba itu memberi salam kepada Nabi Muhammad sollallahu a'alaihi wassalam & mendoakan baginda, 
    • hamba itu memberi salam kepada diri sendiri (kita/kami) & juga hamba2 Allah subhanahu wa ta'ala yang soleh.
  • Sesungguhnya perancangan Allah subhanahu wa ta'ala amat rapi.

 

Rujukan:

 

  • Gambar daripada iman-nur-qhamyl: Bacaan Tahiyat Awal (http://iman-nur-qhamyl.blogspot.com/2011/03/bacaan-tahiyat-awal.html), terima kasih banyak, tak payah dah Tedi edit. :)
  • peahlabu.blogspot.com: Doa Iftitah dan Tahiyat Awal untuk Tedi pastikan maksud ayat.
  • Master yang sudi ingat khutbah tu, selalu tak ingat! hahaha.

Diterbitkan pada 20130528, kiriman ini berkaitan ucapan salam Allah kepada Rasul di mikraj.