Hamek kau, siapa2 peminat Usain Bolt sila baca dengan teliti dan bersedia untuk terima kenyataan!

Usain Bolt tidaklah sepantas mana.

Selama ini manusia terpedaya dengan "fakta" bahawa kelajuan maksimum seekor Cheetah ialah 105 kilometer sejam. Namun itu hanya kelajuan seekor Cheetah yang dibela dan diukur pada tahun 1965.

Kajian oleh sekumpulan manusia baru-baru ini telah mendapati bahawa Cheetah jarang berlari sepantas itu ketika memburu. Kadang-kadang mereka mencecah 97 kilometer sejam, namun selalunya mereka hanya berlari sekitar 56 kilometer sejam.

5x lebih pantas daripada Usain Bolt.

Namun jangan perlekehkan mereka kerana untuk memburu, kepantasan kurang penting berbanding pecutan. Mereka boleh menukar gear dengan pantas di samping mempunyai daya belokan yang hebat!
"Macam lumba kereta la pulak, hehe."
Sekali henjut je mereka boleh pergi sejauh 10 kilometer sejam.

Kajian yang menggunakan kolar GPS itu juga menunjukkan bahawa kuasa pecutan Cheetah adalah 5 kali lebih berkuasa daripada pecutan Usain Bolt ketika dia memecahkan rekod dunia.

Rekod pecutan manusia adalah 44.72 kilometer sejam yang direkodkan oleh Usain Bolt.

Kalau anda terserempak dengan Cheetah, toksah lari la, elok la menyerah diri dengan aman, sebab Cheetah ni dah la laju, masa dia nak pecut dan terkam tu, tak dapat dibayangkan kuasa tikaman kukunya... hehehe.

Elok duduk diam2 dan berdoa supaya mereka tak berminat dengan anda.

Sila baca laporan yang sangat teliti di sini:


Label:

  • Berapa kelajuan Usain Bolt kilometer sejam.

20130617