"Aku sanggup duhai Muhammad" berkisar tentang apa?

  • 100 kisah Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam dikejar, diburu, ditindas, difitnah, digoda wanita, dicemburui umat, & pengakuan isteri-isteri.

Hutang gambar: mirazme.blogspot.com: Aku sanggup duhai Muhammad

Kisah di sebalik pembelian buku.

  • Master beli buku ni di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang lalu. Sebab Master beli buku ni adalah untuk mengenali Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam memandangkan Master tak kenali  Baginda sollallahu a'laihi wassalam.
  • Dalam membeli sesebuah buku Master akan tengok siapa penulis, jika tidak dikenali, Master akan baca komentar mengenai buku tersebut yang kebiasaannya oleh tokoh-tokoh tertentu.
  • Setelah membelek ruangan "Kandungan" yang memaparkan 100 tajuk di mana banyak tajuk tu Master tak pernah dengar, rasanya patut beli tambahan dengan harga RM18-RM21 sahaja.
  • Buku ini dibeli setelah Master tak jumpa sebarang pesaing pada masa itu, iaitu buku dengan tema yang sama.

Komen Master mengenai buku "Aku sanggup duhai Muhammad..."

Buku ini memang bagus tapi Master rasa kekurangan sesuatu iaitu hadith-hadith untuk menguatkan kisah yang dihidangkan. Mungkin tak sesuai untuk jiwa Master yang sukakan fakta. Membaca buku ini oleh Master seolah-olah membaca cerita penglipurlara jika tidak diimani.

Namun ada kisah yang membuatkan Master sebak dan insaf (sekejap je tu, bukan Tedi tak tau perangai Master tu).

Master kata, baguslah buku ini untuk kita ketahui kisah secara umum, kemudian bolehlah kita kaji kisah2 tu selepas dah jatuh cinta. "Tak kenal, maka tak cinta", kan? Bila dah cinta, kenali lebih lagi, supaya tak malu jika ada orang bertanya mengenai sesiapa yang kita cinta.

Komen Tedi

Tedi tak baca buku ni, tapi kulit buku dia cantik :)

Maklumat mengenai buku "Aku sanggup duhai Muhammad" seperti tercatat pada buku

  • Penulis
    • Muhd Nasruddin Dasuki
    • penulis best-seller "100 Pesanan Terakhir Rasulullah"
  • Penerbit
    • Karya Bestari (www.karyabestari.blogspot.com)
    • Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
  • Harga
    • Semenanjung: RM18
    • Sabah/Sarawak: RM21
  • Cetakan: 2010, 2012, dan 2013

Kandungan:

Ada 100 tajuk dalam buku ini, penat nak menaipnya, tapi Tedi harapkan akan ada manusia yang mendapat manfaat daripada usaha kecil Tedi ni. Kalau ada kawan2 nak copy-paste pun boleh dah. :)
  1. Pendita Yahudi menagih hutang
  2. Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam memaafkan pembunuh
  3. Mengagihkan harta rampasan perang
  4. Mendoakan kerahmatan roh penjaga masjid
  5. Pengemis buta yang suka menghina
  6. Membuang najis di kaki lima masjid
  7. Menyembunyikan kelaparan
  8. Diuji perempuan kafir
  9. Menjamin keselamatan musuh
  10. Melumpuhkan niat pembunuh
  11. Surah al-Quran sebagai mahar
  12. Tidak berkurang air yang diceduk
  13. Taubat perempuan berzina
  14. Berdialog dengan iblis (la'natullah)
  15. Tawanan perang menjadi isteri
  16. Berani mengakui kesalahan
  17. Keberkatan 8 dirham
  18. Balasan meninggalkan solat
  19. Kepala Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam dihempap batu
  20. Tiada dendam walaupun hati disakiti
  21. Kecekalan Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam dicontohi Abu Zar (radhiallahu anhu)
  22. Umar (radhiallahu anhu) gagak bunuh Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam
  23. Mimpi bertemu Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam
  24. Berkat bertemu Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam
  25. Wajar mencurigai keimanan
  26. Tidak meminta-minta
  27. Memuliakan anak perempuan
  28. Penzina minta direjam
  29. Kanak-kanak merindui Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam
  30. Unta mengadu kepada Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam
  31. Berkat selawat kepada Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam
  32. Kesabaran Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam diuji
  33. Awan menjadi pelindung
  34. Berperang melawan nafsu
  35. Roti tiga (3) potong menjadi sedulang
  36. Kisah mangkuk yang cantik
  37. Unta menderhakai tuannya
  38. Kasihnya ibu susuan
  39. Nasihat Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam kepada puteri Baginda.
  40. Punca rukuk terlalu lama
  41. Pemuda meminta izin untuk berzina
  42. Kisah penghuni syurga
  43. Gurauan Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam untuk mendidik
  44. Umar (radhiallahu anhu) menangis kerana Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam
  45. Sabar hilang tempat bergantung
  46. Hati berubah berkat doa Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam
  47. Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam digeruni pemimpin Quraisy
  48. Menghadapi kerenah perempuan
  49. Bijaksana terhadap isteri-isteri
  50. Meminta harta Allah subhanahu wa ta'ala
  51. Menghormati tetamu
  52. Sifat dermawan Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam
  53. Kufur setelah diberi kesenangan
  54. Keberanian, ketabahan, dan kehebatan Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam
  55. Tangan melecur ketika bermimpi
  56. Menewaskan jaguh gusti
  57. Kesabaran membawa manfaat
  58. Peniup semangat ketika berperang
  59. Hikmah pemberian beras merah
  60. Berkat sepotong roti
  61. Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam dapat membaca isi hati
  62. Membuang bisa ular dengan ludah
  63. Berkat susu kambing kurus
  64. Sekelip mata sampai ke Mekah
  65. Unta menjadi saksi
  66. Dilema untuk berjihad
  67. Pencuri perdaya Abu Hurairah
  68. Membelah bulan dengan jari
  69. Emas dan perak menjadi pasir
  70. Undangan makan wanita miskin
  71. Nasib lelaki hodoh mencari jodoh
  72. Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam yang penyayang
  73. Dijamin syurga walaupun tidak beramal
  74. Taat suami sama seperti berjihad
  75. Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam dilumuri najis unta
  76. Memuliakan perompak
  77. Berdakwah sebelum berperang
  78. Iblis (la'natullah) gementar berdialog dengan Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam
  79. Dibenci wanita tua
  80. Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam yang pemaaf
  81. Daun kurma menjadi pedang
  82. Kijang memohon pertolongan Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam
  83. Hujan ribut yang mencemaskan
  84. Ejekan ketika berdakwah
  85. Ditawar kahwini wanita cantik
  86. Kafir Quraisy halang penghijrahan
  87. Melapangkan rezeki dengan berwirid
  88. Bercerita tentang roh dan jasad
  89. Dajal (la'natullah) gagal tembusi Mekah dan Madinah
  90. Elakkan syirik dan takbur
  91. Empat kesalahan Iblis (la'natullah) terhadap Allah subhanahu wa ta'ala
  92. Keprihatinan Abu Ayyub
  93. Tiga (3) pahlawan syahid serentak
  94. Pengsan mendengar seksaan neraka
  95. Rancangan jahat Abu Jahal
  96. Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam pembela sengketa Dajal (la'natullah)
  97. Sayangkan umat melebihi segalanya
  98. Izin sahabat menuntut bela
  99. Akhlak Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam seindah alam
  100. Muaz sebagai imam ulama