Budak-budak sekolah zaman sekarang punyai banyak pilihan bagaimana menghabiskan masa lapang mereka.

Semua pemelihara haiwan perlu menuruti jejak langkah mereka. Mana suatu hari nanti semua haiwan ni boleh masuk U.

Ramai daripada mereka menghabiskan masa melayan gajet2 canggih mereka yang terkadang lebih canggih daripada gajet Tedi. Huh!

Namun budak-budak sekolah di Hamilton mungkin boleh dijadikan contoh apabila meluangkan masa mereka untuk melawat haiwan-haiwan di pusat perlindungan.

Bukan setakat melawat, malahan mereka turut membacakan buku untuk haiwan-haiwan tersebut.

Khusyu' betul anjing ni dengar cerita. Mesti cerita Transformers ni...

Budak-budak itu menyertai Keystone to Discovery Afterschool Program, di mana mereka meluangkan 1 hari dalam seminggu untuk membacakan buku kepada anjing dan kucing di Bitter Root Humane Association.

"Kami mendapati suara mereka menenangkan anjing-anjing dan kucing-kucing itu," - Ria Overholt, pengarah Keystone.

Macam tension lak Tedi tengok anjing ni, hehe. Mesti budak ni bacakan novel jiwang ni, sebab tu anjing ni boring.

Sementara itu, budak-budak sekolah itu mendapati program itu membantu meningkatkan kemahiran mereka membaca.

Hamilton kids calm shelter cats and dogs by reading to them 13 Jun 2013