Disambut bersempena Hari Penyu Dunia pada 16 Jun.

5 buah sekolah menengah mengambil bahagian dalam pertandingan menghasilkan replika penyu daripada bahan terbuang.

  • Hasil pameran kreatif yang dihasilkan para peserta beserta dengan mesej berkaitan penyu, telah dipamerkan dan dihakimi pada pembukaan Turtle Exhibition yang dianjurkan oleh WWF-Malaysia, Perpustakaan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna yang bertempat di Perpustakaan Semporna.
  • Majlis itu berlangsung pada 19 Jun lalu.
  • Pertandingan itu dimenangi oleh SMK Datuk Panglima Abdullah, diikuti naib juara SMK Tagasan dan SMK Agama Tun Sakaran di tempat ketiga.

Pemupukan awal kesedaran terhadap perlindungan penyu di kalangan murid sekolah diharap akan membantu kelansungan hidup kawan Tedi ni.
  • Kumpulan komuniti Wanita Pulau Omadal pula mengadakan jualan kraftangan daripada daun pandan di mana hasilnya akan digunakan untuk menyokong usaha pelindungan di Semporna Priority Conservation Area.
  • Green Semporna, sebuah kumpulan sukarelawan turut hadir menawarkan pengambilan ahli baru.
  • Para pelawat turut didedahkan dengan pameran poster di dalam dewan untuk menunjukkan kepentingan haiwan terancam itu kepada ekosistem Semporna.
  • Tarikan utama di sana adalah patung penyu hijau bersaiz sebenar yang dinamakan 'Si Bokko Kalasahan Ku', ayat Bajau yang bermaksud "Penyu yang ku sayangi".
    • Lebih 100 janji telah ditulis di atasnya oleh para pelawat yang meluahkan perasaan mereka terhadap usaha perlindungan hidupan laut yang semakin terancam itu.
    • Kawan-kawan mungkin tak sedar bagaimana terancamnya penyu-penyu ini, sehinggakan ada manusia yang dibunuh kerana cuba melindungi mereka.
    • Si Bokko akan dibiarkan terus berada di Perpustakaan Semporna.

"Adalah penting untuk melaksanakan program perlindungan penyu di Semporna, bukan hanya kerana kepentingannya kepada penyu untuk bersarang dan mencari makan, tetapi juga kerana penyu adalah tarikan utama pelancong dunia ke kawasan ini. Pendapatan daripada sektor perlancongan ini dijangka mencecah RM37.8 juta setahun." - Robecca Jumin, pengurus Sulu-Sulawesi Ecoregion Programme yang dikelola oleh WWF-Malaysia.


Sumber berita rasmi:


20130625