بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Benarkah rusa ini sungguh bersopan-santun sehingga melintas jalan gunakan Lintasan Zebra?

Gambar ini diambil oleh seorang penduduk di Winnipeg bernama Susan Hope ketika dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja pada Jumaat lalu.

 

gambar seekor rusa sedang melintasi jalan
Sang Rusa melintas jalan,
Melintas jalan berhati-hati,
Jangan bosan berpesan-pesan,
Mudah-mudahan melekat di hati.


Ada kena-mengena ker pantun ni? Hehehe.

Dia menyedari seekor rusa melintas jalan menggunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan & mengambil gambar itu sebagai bukti jika ditertawakan kawan-kawannya.

Tedi mengambil keputusan untuk menemubual Sang Rusa yang berasal daripada Kanada itu.

"Bagusnya awak, sungguh bersopan menggunakan laluan lintasan pejalan kaki", Tedi memuji Sang Rusa. Sebelum apa-apa kita kena puji dulu bagi mereka seronok bercerita.
"Ini bukan berkenaan adab dan sopan", ujar Sang Rusa.
"Apa maksud awak? Awak ada objektif lain ketika menggunakan lintasan itu?", Tedi cuba mencungkil lebih lanjut.
"Sebenarnya aku nak ajar manusia supaya reti gunakan lintasan yang telah disediakan!", tegas Sang Rusa.

Owh, patutlah beliau menggunakan lintasan itu, ada maksud rupanya. Namun, adakah manusia akan memahami semua itu?

Sebenarnya bukan haiwan yang pandai, namun manusia itu sendiri yang bodoh.

 

Sumber untuk artikel "Sopannya rusa ni...": 

 

20130616