Gambar Tapak Sulaiman Crown-of-Thorns (Mahkota Duri-Duri)
Tapak Sulaiman Crown-of-thorns merupakan pemangsa rakus yang boleh menghapuskan kawasan besar terumbu karang. Seekor dia boleh hapuskan sehingga 6 meter persegi karang hidup setahun.
Foto - Jon Hanson/Creative Commons

Tapak Sulaiman Crown-of-Thorns telah mula menguasai satu selat di Filipina yang terkenal dengan kepelbagaian hidupan laut dunia.

  • Verde Island Passage akan mengalami kemusnahan besar dengan kehadiran haiwan tersebut.
  • Tapak Sulaiman tersebut memakan polyps pada karang-karangan sehingga hanya tinggal badan berwarna putih, sebelum beredar ke tempat lain.
  •  Ia hanya tinggalkan terumbu karang itu apabila ia mati.
  • Laluan sepanjang 100 kilometer & 20 kilometer lebar itu dikatakan sebagai raja kepada pusat kepelbagaian lautan dunia.
  • Terletak di atas Coral Triangle, kawasan perairan yang meliputi Indonesia, Papua New Guinea & Timor Timur digelar sebagai Amazon Lautan kerana kaya dengan hidupan laut, tetapi telah lama diberi amaran oleh pencinta alam bahawa ia akan musnah dek pencemaran & aktiviti perikanan terlampau.
  • Ia merupakan laluan air tersibuk di Filipina dengan pengangkut minyak & bahan kimia. Pantai berdekatan terdapat limbungan kapal, pemproses minyak, pemproses bahan kimia & penempatan besar.
  • Tapak Sulaiman itu hanya didapati dalam bilangan banyak pada beberapa bulan kebelakangan ini. Mereka mungkin berkembang kerana perikanan terlampau menghapuskan pemangsa semulajadi mereka & juga penggelodakan yang membekalkan nutrien kepada pertumbuhan mereka.
  • Setakat ini 500 meter persegi karang telah dimusnahkan, namun angka itu mungkin akan bertambah lebih besar lagi.
  • Para penyelam sukarelawan tempatan, pelajar universiti, dan pegawai pantai telah menyelam untuk membuang Tapak Sulaiman itu namun lebih ramai penyelam diperlukan.

Proses menghalau Tapak Sulaiman dari Verde Island Passage

  • Dikutip satu persatu oleh penyelam menggunakan penyepit besi.
  • Ditanam di pantai hidup-hidup. Kejam kan? Huhuhu.

Bacaan selanjutnya mengenai ancaman Tapak Sulaiman kepada Terumbu Karang

 

Gambar imej tapak Sulaiman berwarna ungu..


20130602