Minggu lepas Tedi agak sibuk sikit-sikit.

Tedi dah ada projek baru bawah Cikgu MG yang Tedi bagi kod nama Projek HUR. Baru je mula 2 minggu lepas. Di samping itu Tedi perlu juga monitor Projek CAD yang Tedi terlibat sebelum ini.

Tension la Tedi macam ni!
Khamis lepas Tedi mendapat satu SMS daripada Cikgu MG, "Tedi kena ikut latihan Projek IF hari ni."
Tedi pun tanpa syak wasangka dengan lenggang-kangkung pergilah ke Sekolah Jurutera kot namanya? Kononnya untuk menimba sedikit ilmu pengetahuan daripada Projek IF, manalah tahu ada yang boleh Tedi guna pakai dalam Projek HUR nanti.

Sedang Tedi menghayati pembentangan oleh team Projek IF, tiba-tiba datang team leader mereka iaitu Cikgu AA.
"Tedi, kau assist mereka dalam training ni, nanti senang kau take over."
"Take over? Take over apa ni cikgu?"
"Kau tak tahu? Kau tak dapat apa-apa mesej pasal ni?", Cikgu AA agak kehairanan dan dia segera menjeling Cikgu MG.
"Tedi cuti semalam, jadi saya tak sempat inform dia.", jelas Cikgu MG tanpa diminta. Erm, agaknya jelingan Cikgu AA tadi tu mungkin satu permintaan? Hehe.

Cikgu AA segera beredar dengan muka bengang, sementara Cikgu MG menjemput Tedi ke luar kelas untuk berdiskusi.

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya classmate Tedi yang jaga projek tu akan berpindah sekolah.
"Oleh kerana hanya awak saja yang ada kemahiran ini, maka awak perlu cover. Pihak sekolah akan cuba cari mana-mana murid yang sesuai untuk ambil alih daripada awak dengan secepat mungkin.", jelas Cikgu MG.
Tedi angguk. Bukan Tedi tak tahu itu hanya gula-gulaan.

Kerusi kosong yang ditinggalkan perlu diisi.


Semakin pupus murid kelas Tedi, kini hanya tinggal berenam sahaja. Daripada 6, Tedi dan 2 ekor classmate Tedi sahaja yang special. Kedua-duanya pula sibuk dengan projek lain.

Minggu lepas selesai sesi Pemindahan Pengetahuan, dan Tedi secara rasminya terlibat dalam sebarang aktiviti Team IF.

Banyaknya projek!
20130701