بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

My niche is Tedi's niche la... hehe

 

Tedi menyebut habuk menggunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner)
Mungkin aktiviti bersihkan lantai menggunakan vacuum cleaner juga adalah salah satu niche dalam interpretZZ?

I forgot already la what is my niche? Or Tedi never got one?

Wah, tak reti speaking, ada hati nak cakap omputeh lak.

 

Maksud niche ialah

Tedi pun tak faham apa maksud niche tu? Adakah sejenis biskut?

Alhamdulillah melalui menggelitar dunia maya akhirnya Tedi ketemui maksud niche.

  1. kedudukan yang selesa atau sesuai dalam kehidupan atau pekerjaan.
  2. segmen khas pasaran untuk jenis produk atau perkhidmatan tertentu

Jadi mungkin yang kawan-kawan maksudkan itu adalah maksud yang kedua, iaitu apakah sasaran pasaran interpretZZ dalam aktiviti penulisan blog?

Erm, mungkin sasaran Tedi bukannya pembaca, tetapi pengiklan... hehehe. Kalau masuk iklan kereta, kosmetik, insurans, dan pakaian pun dah cukup bagus.

 

Selalu orang tanya blog Tedi ni pasal apa?

Tak tau la.

Tedi enjoy kongsi mengenai bacaan pasal sains dan teknologi, pasal haiwan, pasal sejarah, pasal perang, pasal agama Islam, pasal bola sepak, pasal filem, pasal lirik lagu, pasal dinosaur dan macam-macam pasal lagi asalkan jangan cari pasal.

Apa yang Tedi share pun selalunya berita yang orang Malaysia tak gemar baca. Kelemahan yang ketara ialah Tedi tak kongsi dalam social network sebab I dont have one la. Tedi pernah cuba tetapi nampak gayanya Tedi tak boleh nak bahagikan masa.

Selain berita Tedi kongsikan juga gambar-gambar dengan tanda tertentu supaya memudahkan Tedi mencari apa-apa gambar dalam album di Google Photos. Tarikh dilabelkan mengikut format yang telah dipiawaikan di antara Blogger dan Photos.

Tetapi kadangkala ada jugalah Tedi bercerita pasal diri Tedi sendiri dengan sejujur mungkin, mengutarakan pendapat yang mungkin takkan difahami ramai, termasuklah cerita keluarga kami dengan fokusnya supaya ia menjadi kenangan untuk masa depan, jika ada pembaca mendapat manfaat, alhamdulillah.

Selain itu diselitkan juga laman khusus untuk Master iaitu Karya Master, Berita Bola Sepak Kedah, dan Newcastle United FC. Ini adalah sebagai penghormatan kepada pengasas interpretZZ.

Seperti pesan guru, "apa yang akan membuat orang tertarik kepadamu adalah kejujuran dirimu."

Pendapat guru itu adalah kerana diri kita semuanya unik, dan apabila kita jujur dengan diri kita, keunikan itu akan teserlah.

Walaupun unik, masih ada makhluk lain yang berkongsi persamaan dengan kita. Insha-Allah mereka akan menemui blog kita dan mendapati kandungannya sesuai buat mereka.

 

Perubahan gaya penulisan

Makhluk sentiasa berubah. Begitu juga interpretZZ. Ada masanya penulisan berjela menjadi tumpuan, sebelum pergi ke arah penulisan pendek untuk mobile, sebelum beralih pula kepada perkongsian gambar, namun itulah identiti interpretZZ. Ada masanya kita ada banyak masa untuk fokus. Ada masanya kita hanya mahu catatkan sesuatu.

Wallahu'alam.

 


Kiriman ini diterbitkan seawal 20130608  melalui tajuk "What is Tedi's niche" yang menceritakan mengenai niche blog interpretZZ ini sebelum dikemaskini pada 20210309 menggunakan tajuk "Apakah niche blog?" yang turut mendalami maks mengikut format penulisan interpretZZ yang terbaru. 

~(^0^)~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih