Mommy pernah kehairanan apabila Master cakap pemilik Candy Crush Saga, King akan disenaraikan ke bursa saham.

"Macam mana mereka boleh untung, game tu kan free? Takkan orang beli kot?", kata Mommy.

Tedi pun hairan juga, namun statistik yang akan Tedi huraikan ini mungkin akan membantu menjelaskan bagaimana mereka buat duit?


  1. Sekitar 45 juta orang ketagih bermain permainan percuma Candy Crush.
  2. Tawaran untuk nyawa/gerakan tambahan boleh dibeli dengan harga 99 sen (sekarang mungkin $1.99)
  3. 70% pemain tak perlukan nyawa/gerakan tambahan itu.
  4. 30% pemain sanggup membayar untuk menang!
    1. 0.3*45juta = 13.5 juta pemain yang membayar!!! wow!
    2. 13.5 juta * $0.99 = $13.365 juta
Nampaknya silaplah Mommy kata tiada siapa yang beli. Jutaan yang sanggup bayar tu! Orang Malaysia mungkinlah tak jadi habit lagi membeli dalam talian ni, tapi budak2 di luar negara, ia perkara biasa.


Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul. (Tetapi) tiap-tiap kali datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh yang sebahagian lagi. (Surah Al-Maeda QS 5:70)

20130715