Kebelakangan ini Mommy sering mengadu dia diserang nyamuk.

  • Perkara itu sungguh menghairankan kerana Master, Tetot, Bubuq, Pogy dan Tedi sendiri tiada masalah dengan nyamuk-nyamuk di rumah ini.
  • Bukan digigit nyamuk, malahan batang hidung nyamuk pun kami tak pernah nampak! Itupun kalau nyamuk ada hidung.
  • Maka Tedi pun melakukan pencarian yang sepatutnya dengan menaip, "budak couple seminggu putus"... err... acah jer la.. hehehe. Tedi buat kajian kenapa nyamuk suka gigit saya tapi tak gigit orang lain?
  • Kajian Tedi telah menghantar Tedi ke satu kiriman menarik

 

Silakan juga baca kiriman Tedi sebelum ini: "Petua menghalau nyamuk tanpa menggunakan racun nyamuk."

 

Jika anda sangka anda sasaran nombor 1 serangan nyamuk, anda mungkin tak gila!


Katakanlah kawan-kawan dah guna racun nyamuk, pakai baju lengan panjang dan tak keluar rumah pun. Namun kawan-kawan masih diburu oleh nyamuk dan yang paling sedih, cuma anda seorang, janganlah risau kerana anda sebenarnya masih waras,

Anda mungkin hanyalah 20% daripada manusia di dunia yang disenaraikan nyamuk sebagai "sangat lazat" dalam senarai menu harian mereka.

Para pengkaji telah menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan anda kelihatan sangat lazat kepada nyamuk. Di antaranya ialah jenis darah, karbon dioksida, senaman, peluh, baka, mengandung, dan warna baju.

"Aik, warna baju pun masuk?"

Mengejutkan bukan? Mari kita baca dengan lebih lanjut.

Jenis darah

  • Tak payah cerita panjang, nyamuk betina memang menghisap darah. Semua orang tahu hakikat itu walaupun sebenarnya ada nyamuk yang hirup manisan bunga, atau memangsa jentik-jentik nyamuk lain.
  • Mereka perlukan protein daripada darah manusia, maka ada jenis darah yang akan "lebih mengenyangkan" mereka.
  • Pemilik darah jenis-O didapati diserang 2 kali ganda daripada pemilik darah jenis-A. Jenis-B pula duduk di tengah-tengah.
  • Selain itu terdapat gen yang menyebabkan 85% manusia merembeskan bahan kimia melalui kulit mereka, di mana bahan kimia ini memberitahu nyamuk jenis darah mereka. Nyamuk akan cenderung menyerang mereka, tak kira apa jenis darah mereka. Agaknya macam Ikan Jerung la ni, bau darah je, dia serang.

Karbon Dioksida (CO2)

  • Pernah dengar pasal gas Karbon Dioksida ni? Kalau tak pernah, sila ke capaian ini, "Karbon Dioksida dalam Wikipedia Bahasa Melayu."
  • Aik, apa kena mengena dengan karbon dioksida lak ni? Jangan lupa yang manusia bernafas dan membebaskan karbon dioksida.
  • Nyamuk menggunakan organ mereka yang dinamakan maxillary palp untuk mengesan mangsa melalui karbon dioksida yang dibebaskan mereka.
    • Melalui pembacaan Tedi, organ ini terdapat pada 1 daripada 2 "belalai" nyamuk yang digunakan untuk makan. Canggihnya organ ni ialah ia boleh tafsir kod bau.
  • Manusia yang membebaskan lebih karbon dioksida akan lebih banyak diserang. Secara teorinya mereka yang bersaiz besar akan lebih cenderung menjadi mangsa. Manakala bayi atau kanak-kanak akan lebih kurang diserang berbanding orang dewasa.
  • Jadi, sila tahan nafas jika anda sedari kehadiran nyamuk! (Tedi acah je ni, jangan diikut ya... hahaha.)
  • Bagi ibu bapa pula, sila lindungi anak-anak anda dengan cara bebaskan lebih banyak Karbon Dioksida. Hembus nafas selalu.
  • Nyamuk boleh mengesan Karbon Dioksida dari jarak sejauh 164 kaki! OMG!

Senaman dan kadar metabolisme

  • Apakah itu kadar metabolisme? Baca di sini, "Metabolisme dalam Wikipedia Bahasa Melayu"
  • Jika nyamuk kesan Karbon Dioksida daripada jauh, mereka juga mampu mengesan manusia daripada jarak dekat.
  • Pengesanan ini melalui peluh manusia yang mengandungi Asid Laktik, Asid Urik, Ammonia dan bahan-bahan lain.
  • Selain itu nyamuk lebih tertarik kepada manusia yang lebih hot! Maksud Tedi ialah mereka yang suhunya lebih panas, bukannya manusia yang perasan diri mereka tu popular. Adakah orang demam akan lebih senang diserang? Mungkin la kot...
  • Jadi, mereka yang bersenam akan lebih berbau dan lebih berpeluh maka akan lebih diserang nyamuk.
  • Selain itu, faktor baka yang mempengaruhi pembebasan Asid Urik dan bahan-bahan lain juga turut membantu anda menjadi mangsa nyamuk.

Kuman pada kulit

  • Oh tidak! Ini berita yang agak mengejutkan.
  • Nyamuk rupa-rupanya lebih tertarik kepada kulit yang lebih banyak kuman tertentu!
  • Kajian juga menunjukkan walaupun banyak kuman tapi jenis kuman itu berbeza, nyamuk kurang tertarik.
  • Faktor ini mungkin menjawab kenapa nyamuk suka gigit buku lali dan kaki manusia, kerana di sana adalah tempat strategik untuk kuman-kuman berkoloni (berkumpul / bermasyarakat / berkeluarga / bermastautin).
  • Jadi kepada sesiapa yang perasan diri mereka diserang nyamuk tu, jangan banyak komen dan sila pergi mandi ya.

Ibu mengandung

  • Sedihnya ibu mengandung akan 2 kali ganda mudah diserang nyamuk kerana:
    • Mereka membebaskan 21% lebih karbon dioksida
    • Mereka lebih hot iaitu 1.26 darjah Fahrenheit lebih panas daripada manusia lain.

Warna Pakaian

  • Nyamuk bukan sahaja menggunakan bau malahan mereka juga bergantung kepada penglihatan.
  • Jadi memakai baju yang menonjol seperti hitam, biru tua atau merah akan menyebabkan anda lebih mudah dikesan.
  • Tedi tak tahulah bagaimana pula dengan mereka yang menggunakan baju merah seluar hijau, atau kasut kuning, kain biru, tudung merah... color blocking kot istilahnya tu? Kena tanya pengalaman mereka sendiri.

Baka

  • Mengenai baka ni takde apa nak komen sebab baka pengaruhi bahan kimia yang dirembeskan, jenis darah, kadar metabolisme dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi serangan nyamuk.
  • Sudah pastilah warna pakaian tak termasuk dalam kategori ini.

 

Kenapa nyamuk tak serang Tedi?

Kawan-kawan tak baca ke tadi? Semua faktor berkaitan dengan manusia, maka manusia dulu yang akan diserang nyamuk. Tedi seekor beruang yang comel.

Bacaan lanjut yang lebih saintifik (agaknya) boleh didapati di:


20130713