Tiba-tiba saja Mommy inform Master mengenai keinginan beliau untuk memakan Japanese Soba.


Mengikut info yang diberi oleh Mommy, Japanese Soba itu boleh diperolehi di mana-mana Secret Recipe.

"Tedi, sila kumpulkan maklumat berkenaan Secret Recipe yang berhampiran dengan laluan kita nanti.", arah Master kepada Tedi.

Tedi pun segera mengerah bala tentera Tedi untuk mendapatkan maklumat berkenaan sasaran kami.

Nampaknya di Cyberjaya ada 2 outlet Secret Recipe iaitu di CBD Perdana dan Shaftburry Mall. Balik nanti bolehlah singgah sana.

Inilah agaknya rupa Japanese Soba yang diidamkan Mommy?
Azlan Nohara: One Alhamdulillah of a day.

Kawan Mommy kata makanan di Azman Tomyam sungguh menyelerakan.

Mungkin ada yang pernah membaca kiriman Tedi mengenai Azman Tomyam yang agak negatif. Namun Tedi dah kata, cuba dulu baru leh nilai.

Baru-baru ni kawan Mommy pergi ke sana dan order Siakap Stim, Siakap 3 Rasa & juga Tomyam. Ternyata mereka makan dengan penuh berselera.

Jadi sesiapa di kawasan Dengkil mahupun Cyberjaya atau Putrajaya mungkin boleh cuba dulu. :)

Apa? Peta? Oklah, ni peta dia...

Peta kawasan disyaki Azman Tomyam berada. Jika daripada Cyberjaya, susur keluar ke Dengkil, terus himpit kanan, dan akan kelihatan kedai makan, tempat cuci kereta dan bengkel kereta.



Resepi Japanese Soba ala Malaysia ..


20130702