Nasyid yang sungguh nostalgia.


  • Nikmat Ramadhan adalah nasyid yang didendangkan munsyid Wildan
  • Dalam koleksi Master, lagu ini daripada album Kau Istimewa.
  • Sejujurnya Tedi tak kenal Wildan, namun apabila Tedi terdengar nasyid ini, terasa macam terimbau kenangan atau nostalgia.
  • Pada mulanya Tedi sangkakan Wildan adalah munsyid wanita.
  • Rentak nasyid yang perlahan ini memang sangat sesuai dengan Tedi.
Tak sangka pula Tedi akan ada manusia yang rajin kemaskini wikipedia berkenaan kumpulan nasyid Malaysia. Syabas!
Wikipedia Bahasa Melayu: Wildan


Lirik "Nimat Ramadhan" dan komentar Tedi.

Tak tahulah apa yang Tedi mampu komen untuk nasyid ini. Tedi perhatikan dulu rangkap demi rangkap. Liriknya nampak terus dan lurus. Tak berbunga-bunga.

Di dalam redhaKita menyambut kehadirannya di hati 
Dengan penuh taqwa kepada Illahi
  • Umat Islam yang beriman akan menerima kehadiran Ramadhan dengan baik dan tidak mengemukakan sebarang alasan untuk melaksanakan ibadat puasa.
Bulan penuh kemuliaan 
Memberi erti kesabaran dengan penuh hikmah 
Moga diberkati
  • Ramadhan memang sinonim dengan kesabaran di mana kelaparan akibat berpuasa selalunya menjadi punca manusia cepat marah. Manusia perlu bersabar dan tidak marah. Selain itu banyak perkara yang perlu dielakkan dalam bulan Ramadhan (yang sepatutnya dielakkan juga di 11 bulan yang lain).
Di dalam Rukun Islam ketiga
  • Rukun Islam ketiga adalah ibadat fardhu berpuasa di bulan Ramadhan
Kita laksanakan dengan keikhlasan
Dan keimanan sejati
  • Ibadat puasa dilaksanakan dalam bulan Ramadhan, seperti biasa semua ibadat perlulah ikhlas dan berdasarkan kepada kekuatan Iman.
  • Kehadiran bulan Ramadhan melatih manusia agar mencapai keikhlasan sejati dan keimanan sejati.
Ramadhan kemuliaan
Rasa syukur kepada-Nya
  • Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia di mana di dalamnya terdapat 1 malam yang dinamakan Lailatul Qadr di mana ibadah pada malam itu lebih bagus daripada 1000 bulan.
  • Kesempatan berada dalam bulan Ramadhan sepatutnya disyukuri.
Ramadhan penuh nikmat 
Ketenangan, keinsafan di hati
  • Setiap orang beriman sepatutnya dapat merasakan ketenangan dan keinsafan dalam bulan Ramadhan.