Tedi pelik melihat pokok Tomato itu, batangnya tinggi, akarnya pula tak kuat.


Akhirnya pokok itu pun tumbang menyembah bumi, namun akarnya masih mencengkam tanah.

Apalah pelik sangat pokok Tomato Tedi ni? Tedi tengok pokok Tomato yang nenek tanam dulu elok je merimbun. Rendah-rendah je pokok Tomato nenek.

Indian tomatoes flooding Pakistan.


Hal ini betul-betul membuat Tedi gundah. Tidur tak lalu, makan tak lalu. Jalan je yang lalu.

Menyedari bahawa Tedi mungkin tertinggal fakta-fakta penting mengenai Tomato, segera Tedi meng-Bing, "cara penanaman tomato". Dah tanam baru nak cari ilmu? Hehehe.

Tomato ada 2 jenis.

"Terdapat dua jenis pokok tomato, dikelaskan mengikut cara pertumbuhan pokok iaitu jenis memanjat (vine) dan merimbun (bush). Pokok tomato jenis memanjat mempunyai batang yang tegak, tinggi, dan lurus yang tumbuh tinggi, manakala pokok tomato jenis merimbun tumbuh dengan banyak ranting, renek dan merimbun."
Rupa-rupanya Tomato ada 2 jenis semuanya iaitu tomato yang bergayut dan juga tomato yang merimbun. Ada juga versi hibrid iaitu kacukan di antara bergayut dan merimbun.
"Sebenarnya ada pokok tomato jenis ketiga, iaitu perantaraan jenis memanjat dan merimbun. Pokok ini lebih besar dari pokok jenis merimbun. Pokok ini tumbuh tinggi dan memerlukan pancang tetapi akan tumbuh ke arah sisi jika tunas tidak dicubit buang."
Pokok Tomato Tedi ni mungkin yang ke-3.

Info ini Tedi perolehi daripada salah sebuah blog yang Tedi follow rupa-rupanya melalui kiriman yang bertajuk, "Tanam Sendiri -- Tomato, Lycopersicon esculentum"

Perlukah Tedi menyediakan pancang?

Setelah mengetahui bahawa Tomato Tedi itu berjenis hibrid, maka Tedi perlu memutuskan sama ada pancang perlu disediakan untuk pokok Tomato Tedi itu memanjat?

Tiba-tiba Tedi terbaca pula kiriman satu lagi blog yang Tedi follow iaitu blog Kak Ummu Aidan melalui kiriman beliau yang bertajuk, "Menanam tomato secara natural, tanpa sokongan".

Secara automatis Tedi menyimpulkan bahawa pokok Tomato Tedi itu akan dibiarkan begitu, cuma kalau boleh Tedi nak arahkan dia ke tempat lain.

Mungkin apa yang perlu Tedi tumpukan ialah pembajaan yang secukupnya supaya tanah itu menjadi subur.

"All the best, Tedi!"


20130719