Selepas "kejayaan" mengklon kambing biri-biri, Dolly, kini Mammoth pula jadi sasaran.


Kawan-kawan kenal Dolly?

Dolly merupakan kambing biri-biri pertama berjaya diklon di dunia, tapi seperti biasa umurnya pendek. Nak lawan kuasa Allah subhanahu wa ta'ala? Cubalah sampai mati, takkan dikau berjaya.

gambar haiwan mamalia klon pertama di dunia


Maklumat lanjut mengenai Dolly boleh dibaca melalui pautan di bahagian rujukan.

Kini "bapa" si Dolly, saintis Sir Ian Wilmut yang mengetahui luar dan dalam rahsia pengklonan, telah dilaporkan pada 1 Ogos 2013 lalu bahawa dia berfikir adalah mungkin untuk manusia berjaya meng-klon seekor Woolly Mammoth dengan menggunakan kaedah-kaedah baru. Bapa Dolly terkenal kerana dia bukan sahaja berjaya mengklon kambing biri-biri pertama di dunia, malahan haiwan mammalia pertama di dunia, pada tahun 1996.

 
gambar bangkai seekor Wooly Mammoth
Gambar bangkai seekor Woolly Mammoth betina tersejuk-beku yang telah berusia 39 ribu tahun (39000).
Foto oleh: Kazhiro Nogi / AFP / Getty Images

Salah satu masalah praktikal pada masa lalu ialah untuk mendapatkan telur daripada spesies yang serupa (dengan Woolly Mammoth) untuk "membawa" embrio Woolly Mammoth melalui kaedah pengandungan (hehe, ini Tedi bagi istilah sendiri ni). Spesies yang sesuai mungkinlah Gajah yang ada pada zaman sekarang.

Tetapi kaedah ini dikatakan tidak praktikal kerana berkemungkinan akan menyebabkan Sang Gajah pula mengalami kepupusan.

gambar bangkai Wooly Mammoth yang masih sempurna


Kaedah terbaru adalah melalui pengubahan sel tisu (otot) kepada sel stem yang bukan sahaja akan mengatasi masalah di atas tetapi juga akan membantu "menghidupkan" kembali sahabat pra-sejarah Tedi itu.

Apa-apa sajalah. Tedi sebenarnya teruja, tetapi pada masa yang sama agak rasa serba-salah daripada aspek moral.

Sumber berita rasmi Tedi untuk kiriman ini:

Kiriman Tedi yang berkaitan dengan Woolly Mammoth sebelum ini:

20130823