Kapal Tsunami merupakan "mercu tanda" peninggalan tsunami di Jepun pada 2011.

Fenomena tsunami lazimnya akan meniggalkan monumen berbentuk kapal atau bot yang tersadai di tengah daratan. Situasi ini dapat dilihat pada peristiwa Tsunami Acheh dan juga Tsunami Jepun.

Gambar bunga-bunga yang diletakkan berhampiran sebuah bot nelayan yang tersadai di daratan kerana dihanyutkan tsunami pada 2011.
Bunga-bungaan yang diletakkan berhampiran sebuah bot ikan yang tersadai di Kesennuma, Jepun. Kagum Tedi tengok bot ikan dia, macam kapal tangki!
Foto AP: Azusa Uchikura

Kapal yang didaftar sebagai No. 18 Kyotokumaru itu telah dihanyutkan sejauh 800-ela ke daratan pada Tsunami Jepun 2011. Sejak itu ia telah menjadi simbol kehancuran yang dialami Jepun dalam kejadian itu.

Kyotokumaru adalah sebuah bot ikan, tidak seperti bot nelayan di Malaysia, bot nelayan Jepun ni dah macam kapal tangki.

Mengikut cerita  Godzilla yang Tedi tonton, kapal sebegini bukan sahaja menangkap ikan malah boleh terus mengetinkan ikan tersebut. Boleh dikatakan ia adalah kilang pengetinan ikan bergerak, atau lebih tepat kilang pengetinan ikan berlayar?

Ini kalau di Melaka ni, dah boleh jadi muzium. Mesti mahal kos untuk lupuskan kapal ni.

 

gambar kapal Kyotoku-maru tersadai atas daratan selepas tsunami melanda Jepun pada 2011.
Gambar Kyotoku-maru selepas dihanyutkan tsunami pada 2011.
Rakyat tempatan mahukan Kyotoku-Maru dinyahkan dari bumi mereka.

Undian telah dijalankan dan penduduk tempatan telah bersuara pada bulan lepas.

68% daripada 14083 maklumbalas setuju kapal itu dinyahkan dari tempat kejadian. Hanya 16% mahukan kapal itu terus berada di sana.

Yang mahukan kapal itu dilupuskan menyatakan Kyotoku-Maru hanya membawa kenangan sedih.

Yang mahukan Kyotoku-Maru kekal di sana pula berkata kapal itu menarik pelancong.

"Bukan setakat menjadi tarikan pelancong, ia juga boleh dijadikan set penggambaran drama bersiri Ultraman seperti di Stadium Runtuh Terengganu." - Tedi.

Buat masa ini pasti kapal itu akan menjadi tumpuan para pelancong atau penduduk Jepun memandangkan inilah peluang terakhir mereka berkenangan dengan ikon tersebut.

Kiriman Tedi ini bersumberkan berita rasmi di:


Kiriman ini diterbitkan pada 20130814 mengenai hasrat kerajaan Jepun untuk melupuskan kapal Kyotoku-maru yang tersadai di daratan selepas dihanyutkan tsunami pada tahun 2011.