Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Berniaga tak tahu harga?

Imej
"2 ringgit""Bukan biasa 1 ringgit 5 kupang?""Eh, ye ke? Kalau macam tu RM1.50. Maaflah, saya tak tahu harga."Dialog ini terjadi di antara si penjual dan pembeli semasa Tedi pergi ke kedai bawah untuk mendapatkan gam kunyah-kunyah (chewing gum) Mentos Pure Fresh. Si pembeli ketika itu nak beli setin minuman ringan.Bosan temani Master siapkan kerja dia jadi terpaksalah cari sesuatu untuk dikunyah tanpa perlu dimakan. Selalu Tedi beli Chewing Gum Mentos warna hijau, kali ni Tedi beli warna biru pula. Labelnya tertulis Mentos Pure Fresh Pure Breath.Paling penting ada tertulis sugarfreepada label, jadi nanti kalau gula naik harga macam yang dicadangkan pak menteri (atau timbalan menteri), Tedi nak tengok harga dia naik tak daripada harga sekarang RM 5.70.

Ketika memilih warna-warna itulah terjadi dialog di atas. Boleh pula si penjual kata dia tak tahu harga untuk gula-gula Mentos Pure Fresh itu?Habis tu kenapa dia berani letak harga RM2 pada permulaan proses j…

Barisan laman palsu Obamacare sedia untuk curi identiti.

Imej
Akta baru Amerika Syarikat berkenaan penjagaan kesihatan mampu milik mungkin dieksploitasi penjenayah siber.
Akta yang dikenali sebagai The Affordable Health Care Act (Akta Penjagaan Kesihatan Mampu Milik) akan bermula pada 1 Oktober 2013.Dipercayai para penjenayah siber telah bersedia lebih awal untuk memanipulasi kelemahan yang ada pada sistemnya.Ini adalah kerana Health Insurance Exchange (Bursa Insurans Kesihatan) tidak mempunyai satu laman rasmi untuk rakyat Amerika boleh lawat dan mendaftar.Bursa ini kini dikenali sebaga Health Insurance Marketplace, merupakan satu tempat di mana satu set insurans yang telah disahkan dan mengikut piawaian kerajaan boleh dibeli.Ia dikenali dengan singkatan HIX buat masa ini dan mungkin akan ditukar kepada HIEx.Ia sepatutnya dibina dan diurus oleh kerajaan negeri dan sepatutnya sedia pada 2014.Keadaan ini memungkinkan para penjenayah siber mencuri identiti menggunakan laman-laman palsu."Cara terbaik untuk mengelak ditipu adalah dengan pergi k…

Pintasan Ctrl+Alt+Del adalah satu kesilapan

Imej
--- iklan teks -- Felda Residence Trolak Pakej team building RM 195/pax (2 hari 2 malam) termasuk makanan dan aktiviti luar Pakej seminar RM 115/pax (2 hari 2 malam) termasuk makanan dan dewan Hubungi 054388687. Tertakluk kepada terma dan syarat. --- iklan teks -- Pengguna komputer yang beroperasi di atas sistem operasi Windows pasti pernah bertemu dengan Skrin Biru Kematian.
Skrin Biru Kematian (Blue Screen of Death) merujuk kepada skrin biru yang dipaparkan Windows apabila mengalami masalah kritikal.

Selalunya para pengguna akan menekan kekunci Control+Alt+Delete serentak. Pintasan ini popular untuk memaparkan Task Manager pada Windows.
Tetapi pernahkah kita terfikir kenapa kita perlu menekan 3 kekunci dan bukannya hanya 1? Kenapa Microsoft tidak wujudkan 1 kekunci khusus?

Semasa berucap di Harvard pada minggu lepas, pengasas-bersama Microsoft, Bill Gates mengakui ia adalah satu kesilapan.
"Kami mahukan 1 kekunci, namun lelaki yang merekabentuk papan kekunci IBM pada masa itu tidak m…

Berapa liter minyak dari Kota Kinabalu ke Kundasang?

Imej
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang hanya melibatkan jarak 90 kilometer. Jika dikira pergi balik, keseluruhan jarak hanya akan melibatkan 180 kilometer.

Mengikut statistik yang Tedi buat selama ini, Proton SAGA BLM IAFM 1.3MT hanya menggunakan 2 bar petrol sahaja untuk jarak 320 kilometer.


Di Kota Kinabalu kami menyewa sebuah Proton SAGA FLX dengan transmisi automatik. Ketika kami mengambilnya, bekalan petrol tinggal 2 bar sahaja.

Kami kemudiannya mengambil keputusan untuk mengisi petrol sebanyak RM 30 atau 14.29 liter.

Ini mungkin kesilapan yang boleh jadi besar kerana kami terlupa fakta-fakta berikut:

perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang melibatkan pendakian banjaran gunung. Lebih teruk apabila lebuhraya itu hanya ada 2 lorong dan kekurangan lorong memotong.Banyak lori dan bas di sepanjang perjalanan, maka pergerakan agak perlahan.Penggunaan bahan api pada kenderaan dengan transmisi auto adalah lebih banyak berbanding kenderaan transmisi manual.Harga petrol RON 95 telah…

Kucing dan kotak

Imej
Sebelum ni Tedi kesedihan mengenangkan aktiviti pecah rumah yang berleluasa. Namun semuanya berubah apabila Tedi terserempak dengan kucing-kucing yang sungguh panjang akal ini. Macam-macam aksi mereka bersama kotak kesayangan sehingga membuatkan Tedi tersengih sendirian.







Amaran Tedi: Pecah rumah menjadi-jadi!

Imej
Rumah jiran-jiran Mommy dipecah masuk Berita daripada Whatsapp Mommy memaklumkan mengenai kecurian yang berlaku di 2 buah rumah di taman kami.
Selain itu kawan sepejabat Mommy juga dipecah masuk rumahnya.
Ketiga-tiga kes menggunakan kaedah yang sama, masuk melalui pintu gelongsor (sliding door). Penjenayah itu memecahkan gril sliding door sebelum masuk melaluinya. Ternyata pintu gelongsor adalah mudah untuk dipecah masuk.

Rumah keluarga kawan Master pun mengalami situasi yang sama, beberapa tahun dahulu.
Nampaknya penjenayah semakin bermaharajalela dalam negara Malaysia yang aman damai ini. Rumah dah macam penjara Pudu, masih kena pecah. Malangnya sangkar besi yang dibina untuk melindungi keluarga dan harta ini juga kadangkala mengurung tuan rumah dalam kes kebakaran sehingga menjadi berita yang sungguh menyayat hati.

Semua ini taqdir yang kita tak dapat menolaknya, cuma dengan sedikit usaha dan tawakkal, mungkin hati kita akan tenang.
Tok Master pernah ingatkan, nak keluar rumah bac…

Kisah Tedi: Selsema VS Madu

Imej
Pagi tadi Tedi terjaga sekitar jam 2.40 pagi. Tedi berasakan badan Tedi panas dan hidung Tedi berair.  Tekak juga berasa pedih. Nampak gayanya Tedi diserang selsema!
Tedi pun kejutlah Master.
"Pergilah minum madu kat dapur sesudu dua", cadang Master.

Tedi pun pergi ke dapur, cari sudu plastik dan minum madu seperti cadangan Master. Madu tu madu kampung yang Master beli daripada kawannya, RM 40 sebotol. Guna sudu plastik untuk minum madu kerana dikhuatiri khasiatnya hilang. Siapa yang buat cerita dongeng tu, tiadalah Tedi tahu, tapi Tedi ikutkan sahaja selagi tiada bukti moden yang membangkang kenyataan itu.

Selepas minum madu, Tedi bersin tak berhenti dan hingus keluar mencurah-curah, disertai angin kencang dan ribut petir. Err, tipu je lah... hehehe. Tiada sebarang angin kencang mahupun ribut petir dilaporkan.

Tedi sambung tidur tapi kali ni tanpa menggunakan kipas.

Pagi ini juga, Tedi bangun dan selsema sudah hilang! Namun kadangkala masih ada gatal di tekak menandakan kum…

Kumpulan gelandangan dipergunakan untuk beratur dalam cubaan penipuan beli iPhone.

Imej
Ramai yang menjadikan iPhone 5S sebagai bahan jenaka, tetapi sekumpulan gelandangan di Los Angeles dizalimi kerananya.

2 orang runner telah mengambil sekumpulan gelandangan dan membawa mereka ke Apple Store di Pasadena.Runner itu bekerja untuk seorang peniaga yang tidak dikenalpasti.Gelandangan itu diarahkan turut beratur dalam barisan untuk membeli telefon pintar baru itu menggunakan voucher.Mereka dijanjikan USD $40 untuk setiap voucher yang digunakan.Namun berlaku kekacauan sebaik sahaja pintu dibuka menyebabkan rancangan jahat peniaga itu gagal.Dia dihalau keluar dari Apple Store itu setelah sempat memperolehi hanya beberapa iPhone.Peniaga jahat itu kemudiannya enggan membayar upah yang dijanjikan kepada baki gelandangan yang tidak sempat menggunakan voucher itu.Polis membawanya pergi demi memastikan keselamatannya yang diancam kumpulan gelandangan yang tersangkut berbatu jauhnya dari kejiranan mereka. (Huk aloh! inilah dia, orang kaya diutamakan)."Ini adalah ketamakan yang t…

Labu 97 paun, hasil tanaman seorang gadis.

Imej
Nampak gayanya Tedi pun kena mula menyanyi!
Polly Hallewell dari Suffolk, England telah berjaya menumbuhkan sebiji labu sehingga mencapai berat 97 paun (43.99845989 kilogram)!Dia kata rahsianya adalah dengan menyanyikan lagu khas buat tumbuhan itu. Kalau setakat tuju lagu melalui radio, lebih baik tidur dekat rumah.Dia melawat labu itu di sebuah kebun setiap kali dia balik dari sekolah.Lagu pilihannya adalah "Twinkle, Twinkle, Little Star" yang bermaksud "Berkelip, Berkelip, Bintang Kecil" kerana ia mudah diingat dan ringkas."Saya tak percaya ia berkesan. Saya sangat bangga dengan diri saya" - ujarnya.Keajaiban ini diturunkan oleh kedua ibu-bapanya yang menyatakan mereka mendengar ucapan Putera Charles mengenai nyanyian kepada tanaman pada tahun 1980-an.Tedi akan mula menggubah lagu bertajuk "Si Tedi yang comel, Raja Rimba yang hebat" kepada tanaman Tedi selepas ini...
Sumber berita rasmi bagi coretan Tedi ini: http://metro.co.uk/2013/09/20/polly…

Haiwan aneh ditemui di Sungai Siput

Imej
Fuh, selama Tedi jadi Raja Rimba ni, ada juga haiwan yang Tedi tak kenal rupanya!
Beberapa pekerja pembinaan ketakutan apabila menemui seekor haiwan aneh ketika menggali parit di Kampung Muhibbah, Sungai Siput, Perak, Malaysia.Haiwan itu seperti kacukan di antara ular dan biawak, dan ada yang menggambarkannya kelihatan seperti seekor anjing!Badannya lembik seperti lintah.Kulitnya bersisik seperti biawak.Beratnya 25 kilogram dan panjangnya hampir 2 meterHaiwan itu tidak bertindak agresif apabila ditangkap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).Dimaklumkan ia adalah sejenis ular air yang dipanggil Ular Guni Buruk atau Ular Karung Guni.Ia tidak berbisa dan hanya makan ikan, walaupun mampu menggigit. Siapakah sang Ular Guni Buruk atau Ular Karung Guni ini?Tedi tak puas hati kerana tiada rekod mengenai ular ini.Melalui pembacaan dan penelitian, Tedi cuba hubungkan ular ini dengan beberapa jenis ular yang hampir serupa seperti keluarga Acrochordidae,
Sumber berita rasmi untuk coretan Tedi …

Furina ambil Grumpy Cat jadi duta makanan kucing, Friskies

Imej
Kucing selebriti Amerika Syarikat semakin murah rezeki!
Grumpy Cat atau nama sebenarnya Tartar Sauce kini melangkah setapak lagi apabila dilamar menjadi jurucakap kepada makanan kucing keluaran Nestlé Purina, Friskies, sebahagian produk Nestlé yang berpangkalan di Swiss.
“Grumpy Cat akan membantu kami meluaskan pengaruh kepada tuan-tuan kucing. Ironinya, Grumpy membuatkan kita tersenyum apabila melihat wajahnya, walaupun semasa kita sakit atau sedih.” - Shawn Brain, Pengurus Jenama Friskies. Tawaran Nestlé Purina hanyalah sebahagian daripada rezeki Grumpy Cat (atau rezeki tuan dia?).

Dia juga mempunyai tawaran berlakon dalam filem sendiri dan juga barisan cenderamata merangkumi T-shirt, patung sumbat dan rantai kunci.


Buku “Grumpy Cat: A Grumpy Book”, juga diterbitkan pada tahun ini dan tersenarai dalam jualan laris New York Times.


Sementara itu, minuman kopi ais botol, Grumppuccino, akan mula dijual pada bulan depan. Tapi kawan-kawan jangan salah faham dengan memberi kucing perlihara…

Bau ada 10 jenis semuanya.

Imej
Hidung manusia boleh hidu ribuan aroma yang berbeza, namun kesemua bau ini boleh dikumpulkan ke dalam 10 kategori asas.

Dakwaan ini dibuat oleh para penyelidik dari Bates College di Maine dan juga University of Pittsburgh."Kesemua 10 bau asas ini menunjukkan ciri-ciri asas kehidupan seperti bahaya, makanan dan sebagainya" - Professor Jason Castro dari Bates College.Jason Castro berharap dapat menguji teori itu pada aroma yang lebih kompleks seperti minyak wangi, di samping menjangkakan bagaimana bau sesuatu itu berdasarkan struktur kimianya.10 kategori asas yang dikenalpasti ialah:PewangiKayu-kayuan / resin.Buah-buahan bukan sitrus.Bahan kimia.Pudina.Manisan.Bertih jagung.Lemon.PedasBahan reput.Nasib baik Tedi ni bukan manusia, sebab hidung manusia tak boleh bau ikan, susahlah Tedi nak cari makan! Sumber: http://www.bbc.co.uk/news/health-24123676

Kembalikan $42000, dapat $89000 ... dan masih meningkat.

Imej
Ini bukan kisah dongengan sebaliknya sinetron asli kehidupan.
Apa punya ayat Tedi guna tu? Hehehe.

Kisahnya di Boston terdapat seorang lelaki gelandangan. Hidupnya sehelai sepinggang, tiada berumah.

Pada suatu hari dalam minggu ini, tiba-tiba dia menemui satu beg galas yang mengandungi $42000. Dollar tau, bukan Ringgit Malaysia. Jumlahnya mungkin mencecah MYR 132,832.56 mengikut kadar tukaran asing pada masa ini. Boleh semak di "Kadar tukaran asing US Dollar kepada Ringgit Malaysia".

Lelaki bernama Glen James itu secara naifnya berfikir, ini bukan miliknya. Dia segera memulangkan semua wang itu kepada pihak berkuasa! Apalah bodohnya pakcik tu? RM 132,826 tu! Bukannya sikit!


Dia dipuji sebagai hero (mengalahkan Spiderman dan Iron Man) oleh pesuruhjaya Boston Police.
Sekian, terima kasih. *** "Aik, itu aje ceritanya? Rugilah pakcik tu! Takkan tak dapat hadiah kot?"
Itulah hakikat kehidupan. Perbuatan ikhlas tidak memerlukan hadiah. Walaupun mungkin terdetik dalam san…

InterpretZZ kembali dengan REPLY komen...

Imej
Setelah bersusah-payah, akhirnya layout baru dapat digunakan.
Tedi guna je layout template yang disediakan Blogger. Template ni tampak menyakitkan mata Tedi, mungkin kerana tiada contrast.Iklan Nuffnang Tedi tak masukkan sekali kerana Tedi tiada semangat pengiklanan. Kita biarkan dahulu.Link untuk REPLY komen telah berjaya Tedi masukkan sekali dengan panduan daripada http://www.spiceupyourblog.com/2012/01/threaded-comment-replies-blogger-blogs.html.Oklah, kalau ada cadangan membina, bolehlah Tedi gunapakai. Tedi cuba nak padatkan interpretZZ ini supaya tidak memanjang ke bawah, kalau boleh.Nampak gaya lepas ni mungkin Tedi seronok reply komen-komen (kalau ada manusia nak komen la).
--- Komen kaler, bergambar lawak raya .....

Spesies siput terbaru bercengkerang lutsinar ditemui di Lukina Jama-Trojama.

Imej
Hancur pun hancurla, interpretZZ tetap akan melaporkan berita dunia haiwan. ***
Berita yang menarik perhatian mata bulat Tedi pada hari ini ialah mengenai penemuan spesis siput terbaru di gua di Croatia.Lokasi penemuan adalah 3000 kaki di bawah paras laut di gua bawah tanah Croatia.Ia ditemui oleh peneroka gua dan ahli biologi yang menjelajah sistem gua Lukina Jama-Trojama.Sistem gua itu adalah 1 daripada 20 sistem gua terdalam di dunia, terletak di bahagian barat Croatia.Mereka mengumpul 8 cengkerang kosong dan 1 spesimen hidup semasa dalam misi menentukan kedalaman gua itu. Zospeum tholussum bercengkerang lutsinar.Siput itu diberi nama Zospeum tholussum.Ia mempunyai cengkerang bersinar.Ia tidak mempunyai mata.Hanya bergerak sejauh 1 inci dalam 1 minggu, dan selalunya hanya berpusing dalam kegelapan gua. Rujukan Tedi untuk coretan ini: Wikipedia (Bahasa Inggeris): Zospeum tholussumLive Science: New See-Through Snail Discovered Deep Underground

Layout blog Tedi sudah hancur.

Imej
Tiba-tiba sahaja pagi ni terdapat laporan ada masalah dengan layout blog Tedi.

Tedi cuba perbaiki tapi nampak gaya terus jahanam.

Buat sementara ni Tedi biarkan dahulu.

Nanti ada masa Tedi akan cuba baiki ke keadaan asal....

/(*-*)\

Iran mahu hantar Kucing Parsi ke angkasa lepas.

Imej
Selepas monyet, kini giliran kucing pula menjadi angkasawan.
Iran sedang mempertimbangkan untuk menghantar seekor Kucing Parsi ke angkasa lepas.Sebelum ini mereka mendakwa telah menghantar seekor monyet pada awal tahun 2013.Usaha ini adalah sebahagian daripada perancangan Iran untuk menghantar manusia ke angkasa lepas pada 2018, namun kejayaan misi mereka melibatkan haiwan sebelum ini masih dipertikaikan.Kucing berbulu panjang itu dinamakan Persia (Parsi) iaitu nama antik Iran.Pelancaran mungkin akan dilakukan pada akhir Mac 2014 di mana seekor tikus dan juga arnab turut dipertimbangkan untuk penerbangan itu. Sumber rujukan Tedi untuk coretan ini:Iran to send Persian cat into space.

Saintis: Tumbuhan lebih kuat jika dibelai

Imej
Alamak! Selama ni Tedi tak percaya kata-kata orang tua.Nampak gayanya pepatah "Lebih dulu makan garam" tampak menunjukkan kebenarannya kepada Tedi, sekali lagi.Sebelum ni orang tua-tua pesan ke Tedi, belai dan berbual dengan pokok untuk bagi mereka subur.Begitu juga pesan mereka, apabila pokok tak mahu berbuah, tetak mereka olok-olok, insya-Allah mereka akan berbuah kerana takut ditebang!Kini ada kajian yang menunjukkan bukan sekadar hanya berbual-bual dengan pokok, kita juga perlu membelai mereka.Maklumat ini mungkin berguna untuk Tedi gunapakai pada pokok Lada Besar di kebun Tedi yang struggle melawan musuh.
Kajian dilakukan oleh penyelidik dari Fribourg University, Switzerland. Subjek kajian mereka adalah pohon Thale Cress.Aktiviti menggosok daun tumbuhan itu didapati boleh menjana pertahanan dalaman tumbuhan yang berupaya melawan jangkitan kulat.Selain itu aktiviti tersebut meniru tekanan mekanikal semulajadi yang disebabkan oleh hujan, angin dan juga aktiviti haiwan. Su…

Amoeba pemakan otak serang Louisiana

Imej
Telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki 4-tahun di Louisiana.
Sebelum ini seorang budak perempuan nyaris maut setelah diserang Amoeba yang sama ketika mandi-manda di sebuah taman tema yang mempunyai dasar kolam berpasir.Amoeba yang dikenali sebagai Naegleria fowleri itu dipastikan berada dalam sistem bekalan air di St. Bernard Parish.Amoeba ini berupaya memakan otak manusia dan akan menyebabkan penyakit primary amebic meningoencephalitis. (Tedi pun tak tahu apa kejadahnya tu, tapi mungkin kita boleh kaji nanti.)Penyakit ini boleh membawa maut dalam masa 12 hari.Louisiana Department of Health and Hospitals menyatakan bahawa amoeba itu disahkan ada di Louisiana selepas para pegawai mereka menguji contoh air daripada pili yang bersambung dengan saluran paip air di Violet dan Arabi, berhampiran New Orleans. Apakah dia?Arabi - sebuah tempat di St. Bernard Parish, Louisiana.Louisiana - sebuah negeri di selatan Amerika Syarikat.Violet - sebuah tempat di St. Bernard Parish, Louisiana.…

Gelaran Haiwan Terhodoh Dunia kini menjadi milik Blobby.

Imej
Ugly Animal Preservation Society  (Persatuan Perlindungan Haiwan Hodoh) telah mengadakan pertandingan untuk mencari maskot rasmi persatuan mereka.Pengundian telah dijalankan dan secara rasminya Blobfish menjadi maskot rasmi mereka.Kemenangan ini secara tidak rasmi talah menjadikan Blobfish sebagai haiwan terhodoh di dunia.Blobby telah menewaskan burung kakak tua gergasi, Kakapo dengan kelebihan 10000 undi.Kempen ini adalah salah satu usaha manusia untuk menimbulkan kesedaran mengenai haiwan terancam yang tidak comel dan seronok dipeluk seperti diri Tedi ini.Blobby tidak memberikan apa-apa komen di atas kemenangannya.

Biodata Encik BlobbyMenetap di bahagian Tenggara pantai Australia dan Tasmania pada kedalaman 600 meter sehingga 1200 meter, di mana tekanan atmosfera adalah berdozen-dozen lebih tinggi daripada aras laut.Badan agar-agarnya hanya padat sedikit bebrbanding air.Dia makan Ketam dan Udang Galah, kira selera besar juga la Encik Blobby ni.Tidak boleh dimakan tapi adakalanya di…

Kewarganegaraan terhormat Hitler dilucutkan, selepas 68 tahun.

Imej
Akhirnya Bandar Goslar di Jerman memutuskan untuk melucutkan hak kewarganegaraan terhormat yang dikurniakan kepada Adolf Hitler.
Keputusan ini dibuat setelah 68 tahun Hitler mati.Anugerah itu merupakan 1 daripada 4000 yang diterima Hitler semasa dia masih hidup.Sebelum ini terdapat usaha untuk melucutkan anugerah kehormat itu, tetapi ada councilor (ahli majlis) yang mempertikaikan kewajarannya kerana secara teknikalnya ia telah luput apabila Hitler membunuh diri, dan menganggap langkah itu sebagai "percubaan sia-sia untuk memadamkan kesilapan lalu".Sebaliknya, ada juga councilor yang mahukan pelucutan anugerah itu berlaku secara rasmi, dan akhirnya mereka berjaya.Hitler akan dilucutkan kewarganegaraannya secara formal pada bulan depan.  Rujukan Tedi untuk coretan ini:newser.com, 11-September-2013: German Town to Strip Hitler's Honorary Citizenship--- iklan --- --- iklan ---

Kembali kepada gaya lama

Imej
Sebelum 2013, Master sentiasa memandu tidak melebihi 100 kilometer sejam!
Namun gaya memandunya mula berubah apabila Tedi sibuk dengan projek di sekolah. Master terpaksa memecut untuk menghantar Mommy dan Tedi. Jarak perjalanan yang agak jauh, memakan 160 kilometer sehari mendesak Master untuk memecut lebih pantas supaya dapat menjimatkan masa.

Namun semua itu berubah, apabila tiba-tiba sahaja, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, pakcik Najib Razak menghebahkan keputusan pihak kerajaan Malaysia untuk mengurangkan "subsidi" petrol kepada rakyat jelata sebanyak 20 sen seliter.
Pakcik Najib Razak dan konco-konconya memaklumkan penjimatan itu akan membantu kepada pembangunan negara Malaysia yang tercinta ini.
Selain itu duit 20 sen itu juga khabarnya akan dapat digunakan untuk disalurkan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih popular sebagai BR1M.
Pemanduan di bawah kelajuan 100 kilometer sejam berhasil menjimatkan penggunaan minyak?
Oleh itu, Master telah bersidang dengan…

Malaysia negara ke-56 terbahagia di dunia (bahagia la sangat...)

Imej
Nampaknya Tedi bukanlah seekor beruang yang rajin ber-travellog.
Ayat di atas mungkin cukup sebagai alasan untuk Tedi masih tidak mencoretkan kisah jalan-jalan Tedi di Sabah. Lagi naya, Tedi tak sebut pun Tedi dah balik dari Sabah pada 7 September 2013 merangkap hari Sabtu yang lalu... hehehe...


Merujuk kepada tajuk di atas, Earth Institute yang bertapak di Columbia University dengan sukacitanya telah menerbitkan 1 laporan bertajuk "World Happiness Report 2013" yang meletakkan setiap negara daripada 156 buah negara di dunia mengikut susunan kebahagiaan rakyatnya.

Kajian ini adalah bagi selang masa 2010 sehingga 2012.

Malaysia menduduki tempat ke-56 dengan 5.760 mata. Perbandingan dengan unjuran tahun 2005 sehingga 2007 pula mendapati rakyat Malaysia semakin tidak bahagia dengan penurunan 0.377 mata.

Berikut ranking kebahagiaan bagi Malaysia dan negara-negara jiran.
Singapura (#30, 6.546 mata)Thailand (#36, 6.371 mata)Malaysia (#56, 5.760 mata)Vietnam (#63, 5.533 mata)Indones…

Lensa Tedi: Aksi raya Ako Mustapha bersama Sakinah.

Imej
Akhirnya berkesempatan untuk duduk di hadapan buku nota Tedi dan cuba menampal ruangan yang terbiar kosong.
Pada 17 Ogos 2013 - Tedi telah beraya di sebuah rumah di Kepong (kalau tak silap). Kebetulan ketika itu rumah itu mengalami fenomena rumah terbuka. Maka ramailah kaum manusia berkunjung ke rumah yang tersebut.
Salah seorang peraya yang mengunjungi rumah itu adalah encik Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha. Tedi tidaklah mengenali pakcik Ako Mustapha ini tapi kelihatan ramai pengunjung mahu berbual mesra dengannya, kecuali seorang yang tampak tidak peduli dan tidak kisah, asyik menikmati laksa yang disediakan tuan rumah, itulah si Master.
Kebetulan juga di rumah terbuka itu hadir seorang gadis yang manja, si Nur Sakinah. Kehadirannya itu disedari oleh pakcik Ako Mustapha yang mengambil kesempatan itu untuk beraya dengan si cilik Sakinah.

Di sepanjang aktiviti rumah terbuka itu, Tedi merumuskan pakcik Ako ini peramah juga la. Pandai berbual dan cakap London …

Tedi terbang ke Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Imej
Alhamdulillah, dapat jua Tedi meluangkan masa untuk menconteng diari Tedi ini. Pertama kali cuba apps Blogger-Droid dan Blogger.
Selalunya kalau Tedi tiada laptop, memang Tedi tak kemaskini diari Tedi ni, tapi malam ni Tedi saja-saja nak cuba conteng diari guna Nexus 7.

Memang menyampah menaip dalam tablet yang bersaiz 7 inci ni, asyik salah typo. Tedi gunakan Blogger-Droid pada mulanya, tapi apabila Tedi save as draft, nak edit semula, ia cuma keluar editor dalam format html, malaslah Tedi. Akhirnya kena edit gunakan apps Blogger.
Blogger-Droid lebih mudah untuk karang post dengan gambar dan beberapa jenis styling, cuma masa edit keluar template html lak. Blogger boleh taip teks bodoh je, tapi lebih baiklah daripada guna html. Dari Putrajaya Sentral ke LCCT, KLIA Sepang. 4 September 2013, Rabu - Tedi terbang pada jam 20:20 menggunakan penerbangan yang Tedi tak berapa nak gemar, AirAsia. Sebelum terbang, kami parking kereta di Putrajaya Sentral, kemudian kami ambik ERL ke Salak Tingg…

Misi Tedi: kosongkan memori kamera.

Imej
Misi ini penting untuk kesinambungan misi esok hari.Misi apakah itu sehingga memaksa Tedi mengosongkan memori kamera yang selalunya Tedi tak endahkan kerana saiz memorinya 8 Gigabyte itu boleh memuatkan beribu foto? Menjadi kebiasaan juga Tedi baru perasan banyak foto yang menarik untuk dikongsikan seperti gambar bangsar yang menempatkan Meriam Puntung ini. Kerana esok Tedi dan Mommy dan Master dan kawan Master dan kawan-kawan Mommy akan terbang ke Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia... hehe... Teruja nak pergi tengok Gunung Kinabalu. Petang tadi bos Master nyaris marah kerana Master minta bekerja di HQ yang lebih dekat dengan lapangan terbang. Ia adalah kerana dikhuatiri tiada siapa mampu melaksanakan tugasan Master. Master juga diberi amaran agar jangan bercuti lagi selepas ini. Inilah masalahnya apabila menjadi ayam tambatan, memang kena tambatlah selalu. Nasib baik tak kena kurung dalam reban sebab takut dicuri maling. Kota Kinabalu... Tedi datang!