Hidung manusia boleh hidu ribuan aroma yang berbeza, namun kesemua bau ini boleh dikumpulkan ke dalam 10 kategori asas.



  • Dakwaan ini dibuat oleh para penyelidik dari Bates College di Maine dan juga University of Pittsburgh.
  • "Kesemua 10 bau asas ini menunjukkan ciri-ciri asas kehidupan seperti bahaya, makanan dan sebagainya" - Professor Jason Castro dari Bates College.
  • Jason Castro berharap dapat menguji teori itu pada aroma yang lebih kompleks seperti minyak wangi, di samping menjangkakan bagaimana bau sesuatu itu berdasarkan struktur kimianya.
  • 10 kategori asas yang dikenalpasti ialah:
    • Pewangi
    • Kayu-kayuan / resin.
    • Buah-buahan bukan sitrus.
    • Bahan kimia.
    • Pudina.
    • Manisan.
    • Bertih jagung.
    • Lemon.
    • Pedas
    • Bahan reput.
  • Nasib baik Tedi ni bukan manusia, sebab hidung manusia tak boleh bau ikan, susahlah Tedi nak cari makan!

20130919