Ugly Animal Preservation Society  (Persatuan Perlindungan Haiwan Hodoh) telah mengadakan pertandingan untuk mencari maskot rasmi persatuan mereka.

  • Pengundian telah dijalankan dan secara rasminya Blobfish menjadi maskot rasmi mereka.
  • Kemenangan ini secara tidak rasmi telah menjadikan Blobfish sebagai haiwan terhodoh di dunia.
  • Blobby telah menewaskan burung kakak tua gergasi, Kakapo dengan kelebihan 10000 undi.
  • Kempen ini adalah salah satu usaha manusia untuk menimbulkan kesedaran mengenai haiwan terancam yang tidak comel dan seronok dipeluk seperti diri Tedi ini.
  • Blobby tidak memberikan apa-apa komen di atas kemenangannya.

Tedi perkenalkan, Encik Blobby, maskot rasmi Ugly Animal Preservation Society yang kini secara tidak rasminya menjadi haiwan terhodoh di dunia. Eh, kenapa Encik Blobby tak mahu senyum? Senyum la sikit...

Biodata Encik Blobby

  • Menetap di bahagian Tenggara pantai Australia dan Tasmania pada kedalaman 600 meter sehingga 1200 meter, di mana tekanan atmosfera adalah berdozen-dozen lebih tinggi daripada aras laut.
  • Badan agar-agarnya hanya padat sedikit bebrbanding air.
  • Dia makan Ketam dan Udang Galah, kira selera besar juga la Encik Blobby ni.
  • Tidak boleh dimakan tapi adakalanya dia tersangkut dalam jaring nelayan dek pemburuannya mencari sesuap Ketam dan Udang Galah.

Rujukan Tedi bagi coretan ini:

13 September 2013