Sebelum 2013, Master sentiasa memandu tidak melebihi 100 kilometer sejam!


Namun gaya memandunya mula berubah apabila Tedi sibuk dengan projek di sekolah. Master terpaksa memecut untuk menghantar Mommy dan Tedi. Jarak perjalanan yang agak jauh, memakan 160 kilometer sehari mendesak Master untuk memecut lebih pantas supaya dapat menjimatkan masa.

Boleh sahaja memecut, tapi akibatnya, tanggung sendirilah. 
Belia Muda: Rempuhan lampu merah boleh membawa maut!

Namun semua itu berubah, apabila tiba-tiba sahaja, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, pakcik Najib Razak menghebahkan keputusan pihak kerajaan Malaysia untuk mengurangkan "subsidi" petrol kepada rakyat jelata sebanyak 20 sen seliter.

Pakcik Najib Razak dan konco-konconya memaklumkan penjimatan itu akan membantu kepada pembangunan negara Malaysia yang tercinta ini.

Selain itu duit 20 sen itu juga khabarnya akan dapat digunakan untuk disalurkan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih popular sebagai BR1M.

Pemanduan di bawah kelajuan 100 kilometer sejam berhasil menjimatkan penggunaan minyak?


Oleh itu, Master telah bersidang dengan Tedi, Tetot, Bubuq dan sifuji Pogy. Kami sebulat suara mengeluarkan deklarasi mengutuk kenaikan harga petrol yang bermakna menyumbang kepada kenaikan harga roti canai pasaran.

Selain itu kami bersetuju untuk mengurangkan kelajuan kenderaan kami kepada kelajuan siling 100 kilometer sejam sahaja.

Tedi telah diminta mengkaji hasil keberkesanan pencapaian utama daripada deklarasi ini. Oleh itu pada hari ini Tedi mengumumkan bahawa kami telah berjaya mencapai penggunaan minyak paling sedikit dalam tempoh sebulan apabila hanya menggunakan 6.4 liter dalam 100 kilometer.

Ini bermakna, kami "hanya" menggunakan 10.24 liter petrol sehari atau membelanjakan RM 21.55 sehari. Pada harga lama kami boleh mencapai RM 19.50. Kami kerugian RM 2 sehari.

Kajian ini masih mentah, perlu diperincikan lagi. Kajian pada bulan ini akan memfokuskan kepada penggunaan SHELL Fuel Save 95. Sebelum ni guna Petronas kononnya kerana Master patriotik, tapi apa gunanya kalau Master sahaja yang patriotik, kan? Petronas untung banyak, staf Petronas bonus banyak, hulurlah sikit kepada Master yang sengkek ni ha. Petrol tu hasil bumi Malaysia, bukan milik mereka, kan?

Tapi takperlah, kalau Petronas duk hulur 20 sen nanti, boleh bangkrap pula dibuatnya, biarlah Master je yang bangkrap, asalkan Petronas untung. Lebih baik duit Petronas tu dihulurkan kepada "kawan-kawan" atau "saudara-mara" yang memerlukan.

Kira sedekah je la 20 sen tu, apa ada hal...


Subjek kajian:

  • Kenderaan: Proton SAGA BLM M-Line IAFM 1.3MT
  • Petrol: SHELL Fuel Save 95 pada harga RM 2.10 seliter.
  • Tempoh: 8 Semptember - 10 Semptember 2013 (akan dilanjutkan sehingga sebulan).
--- 20130911 ---