Kedai-kedai buku kini mula menghadapi kesukaran dek kecanggihan zaman teknologi maklumat

Bukan sahaja sukar untuk menjual buku, malahan mereka sukar menarik minat manusia singgah ke kedai mereka.

Seorang penyelidik dari Belgium menyatakan bahawa jawapan bagi masalah ini ialah coklat.

Aroma coklat cair yang menyelerakan mungkin akan membantu meningkatkan hasil jualan sesebuah kedai buku.
(FOTO: RVLSOFT/
SHUTTERSTOCK)

Lieve Douce dari Hasselt University telah melakukan eksperimen 10 hari yang menunjukkan bahawa apabila sesebuah kedai buku mengepam bau coklat ke dalam kedai mereka, pelanggan akan 2.22 kali lebih banyak memeriksa buku-buku yang ada di kedai mereka.

Kajian itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 40% (empat puluh peratus sahaja) ke atas penjualan buku-buku romantik dan buku-buku masakan (atau buku mengenai makanan dan minuman).

Penjualan buku sejarah dan aksi pula akan meningkat 22% (dua puluh dua peratus sahaja).

Ini adalah satu penemuan menarik yang boleh dicuba oleh semua pemilik kedai buku di Malaysia.
"Bagaimana nak pam bau coklat ke dalam kedai?"
Cari sendiri.

Sumber bacaan Tedi:


Bau coklat mungkin boleh selamatkan perniagaan kedai buku.

20131006