Satu kajian di University of St. Andrews menunjukkan bahawa gajah memahami isyarat tangan.

Mereka mempunyai kemahiran itu tanpa memerlukan sebarang latihan tidak seperti anjing dan kucing.

Gambar sekawan gajah di padang rumput. Kajian sains menunjukkan gajah mampu memahami isyarat tangan manusia.

Penyelidik bernama Richard Byrne telah mengkaji sekumpulan Gajah Afrika dan mendapati bahawa mereka berjaya mengikuti isyarat yang diberikan untuk mendapatkan makanan 2 daripada 3 kali.

Secara kasarnya keupayaan itu adalah setara dengan kanak-kanak manusia berusia 1 tahun yang boleh melakukan perkara yang sama pada kadar kejayaan 70% (tujuh puluh peratus).

Apa yang mengejutkan kami ialah mereka (gajah) boleh melakukannya tanpa belajar. Pemahaman mereka sama hebat daripada permulaan sehingga tamat ujian, di mana kami tidak menjumpai sebarang tanda-tanda mereka belajar di sepanjang ujikaji. - Richard Byrne.

Penemuan baru ini menjadikan gajah termasuk dalam kumpulan "terpilih" yang merangkumi anjing, kucing dan lumba-lumba bottlenose. Cimpanzi yang telah hidup dengan manusia boleh dilatih untuk mengikuti satu tunjukan, tetapi cimpanzi liar biasanya lebih teruk daripada anjing pada memahami gerak isyarat manusia.

Byrne dan rakannya Anna Smet, juga  dari St Andrews, mengkaji sekumpulan 11 gajah Afrika yang mengambil pelancong di atas tunggangan berhampiran Victoria Falls, di sempadan Zambia dan Zimbabwe. Haiwan-haiwan itu telah dilatih untuk mengikuti arahan suara, tetapi tidak pernah belajar menerima isyarat tunjukan tangan.

Pasukan itu menyembunyikan potongan makanan yang enak di beberapa buah bekas, kemudian mereka menunjuk ke arah tong yang betul untuk mengarahkan gajah ke makanan.

Gajah pergi ke bekas makanan yang betul dua pertiga daripada masa itu. Lima daripada 11 gajah secara konsisten pergi ke bekas yang betul. Sebaliknya, kanak-kanak berusia 1 tahun biasanya mendapat kira-kira 70 peratus betul pada sesuatu masa.

 

13 Oktober 2013