Kita sedia maklum bahawa diabetes (penyakit kencing manis) mengancam organ-organ seperti hati, buah pinggang dan mata.


Namun satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neurology mendakwa bahawa peningkatan kadar gula dalam darah pada manusia berusia 50-tahun ke atas boleh menyebabkan kehilangan memori.

Kehilangan memori itu boleh berlaku walaupun mereka tidak berada dalam tahap pra-diabetik.

Kajian itu melibatkan satu ujian ingatan yang diambil oleh 141 warga tua yang masih sihat, menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai tahap glukosa yang rendah lebih mudah mengulang perkataan.

Penerbit kajian itu, Agnel Floel berkata peningkatan tahap gula dalam darah memusnahkan saluran darah, mengakibatkan pengurangan aliran darah dan zat makanan ke sel-sel otak.

Semoga fakta terbaru ini membantu manusia menjaga pemakanan mereka.

Fakta ini juga boleh membantu rakyat Malaysia menerima hakikat penarikan subsidi gula adalah satu langkah drastik untuk menjaga ingatan mereka.


20131025