بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Manusia sibuk bertanya, adakah kucing boleh minum susu lembu?

 

Nampaknya selepas kaum manusia ni sibuk nak beri kucing minum madu, kini mereka nak beralih kepada susu lembu pula.

Jawapannya ialah kucing tak boleh minum susu lembu.

Tetapi jawapan sebenarnya ialah selepas bercerai susu, kucing tidak sepatutnya minum susu. Ini adalah kerana mereka berubah menjadi tidak mesra laktosa.

 

gambar susu lembu segar pasaran Malaysia
Contoh susu lembu segar yang boleh diperolehi di Malaysia. Susu lembu tidak sesuai untuk kucing yang tidak mesra laktosa.
Sinar Harian: Pasaran Susu Lembu Masih Luas

 

Apakah itu laktosa?

Laktosa adalah sejenis gula dalam susu. Ia perlukan enzim lactase untuk dihadamkan.

Kucing yang telah bercerai susu tidak mampu untuk menghasilkan enzim ini (dengan secukupnya) untuk menghadamkan susu secara sempurna.

 

Apakah akan terjadi apabila susu tidak dihadamkan dengan sempurna?

Sepatutnya laktosa akan diuraikan oleh enzim lactase kepada gula ringkas yang kemudiannya akan diserap oleh darah.

Sebaliknya susu yang tidak hadam akan kekal dalam sistem penghadaman di mana bakteria mula bertindak balas sehingga berlakunya penapaian.

Proses penapaian inilah yang membuatkan kucing terkentut-kentut, mengalami kembung perut atau juga muntah-muntah.

 

Anak kucing perlukan susu untuk membesar.

Anak kucing memang kena minum susu, dan susu paling sesuai adalah susu ibu (tentulah ibu kucing tu).

Anak kucing akan mula bercerai susu sekitar umur 4 minggu dan sebelum itu sumber zat mereka hanya datang daripada susu ibu.

Jika terdesak, contohnya anak kucing itu yatim piatu, kena bagi dia ibu angkat atau juga belikan susu formula khas untuk anak kucing (kitten formula) yang boleh dibeli daripada pakar veterinar.

 

Adakah semua kucing memang tidak boleh minum susu?

Tidak.

Bukan semua kucing tidak mesra laktosa, namun ia hanya boleh dipastikan apabila kita beri kucing tu minum susu dan jika dia tidak muntah-muntah, maka dia mungkin mesra laktosa.

Kucing mesra laktosa boleh diberi minum semangkuk susu lembu tetapi tidak patut diberi selalu.

 

Alternatif kepada susu lembu?

Dapatkan susu tanpa laktosa untuk kucing anda daripada kedai haiwan yang berdekatan.

Tedi rasa untuk bayi manusia pun ada juga susu lembu tanpa laktosa.

Kucing sepatutnya mendapat semua zat makanan daripada apa yang dia makan, maka susu menjadi tidak relevan kepada kucing.

Susu juga mempunyai kalori yang boleh menyumbang kepada masalah obesiti yang turut menjadi masalah serius di kalangan kucing (bukan manusia saja tau).

 

Kesimpulannya?

Susu terbaik adalah susu ibu. Susu kucing adalah terbaik untuk anak kucing, begitu juga susu lembu terbaik untuk anak lembu.

Minumlah susu ibu.

 

Penting!

Jangan bagi anak kucing anda minum susu lembu, susu tin, susu HL, susu Dutch Lady atau apa-apa jenis susu selain susu kambing atau susu khusus untuk anak kucing. Mereka akan mengalami cirit-birit, kekurangan air dan mati. Susu kambing adalah pengganti susu yang baik untuk anak kucing. Menguatkan sistem imun mereka tanpa ibu. Anda boleh mendapatkannya di kedai haiwan peliharaan.

Diterbitkan semula pada 20191114, karangan ini adalah hasil kajian Tedi mengenai permasalah susu lembu untuk kucing terutamanya anak kucing. Persoalan yang menjadi inti kepada penerbitan karangan ini adalah seperti susu Dutch Lady untuk kucing, anak kucing minum susu Dutch Lady.

~20191114~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm