Pagi ini Tedi bangun dengan kepala pusing.


Mungkin ini natijah Tedi makan durian banyak-banyak semalam.

Durian yang Tedi makan itu adalah di sebuah event yang dianjurkan Muzium Telekom bertajuk Durian Party 2013.



Dengan bayaran RM 15 (lima belas ringgit sahaja), kami makan macam-macam durian. Jenisnya adalah durian kampung.

3 biji durian pertama yang kami ambil, cuma 1 yang rasanya sangat lazat. Kemudian kami ambil sebiji lagi, tawar.

Seterusnya Master  gi tanya mana durian kampung yang sedap?

"Maaflah bang, saya pun tak tahu nak cakap sebab ni durian kampung."

Tapi pakcik tu kemudiannya pilih sebiji selepas tengok isi dan bagi ke Master. Memang sedap.

Selepas tu Master pilih durian yang serupa macam tu dengan saiz sederhana atau kecil, dan tengok isi dia kekuningan. Alhamdulillah, 2 biji yang Master pilih tu sedap.

Kami sampai sana jam 7.30 malam dan habis makan jam 8.00 malam.

Ada surau disediakan walaupun kecil.

Hari ini last jadi sesiapa yang nak cuba, bolehlah datang.

Tedi ada terdengar yang pakcik yang jaga durian tu kata mereka dah pakat dengan Jom Heboh tahun depan untuk aktiviti yang sama.

Bagaimana ke sana?

Kami ke sana dengan LRT dan turun di Plaza Rakyat, dari sana kami menuju ke Jalan Raja Chulan dengan berjalan kaki sahaja.

Kalau tak silap, boleh juga ke sana dari LRT Masjid Jamek.

Kawasan dia di belakang Menara Maybank tu ha.

Berangkat ke Kelantan


Hari ini, pagi ni, jam 11.30 pagi nanti kami akan berangkat ke Kelantan dengan AirAsia. Saja nak menghabiskan cuti Master sebelum beliau masuk kerja baru minggu depan.

Kepala Tedi masih pusing...
20131128