بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sudah lama tak menjenguk pokok-pokok cili api di belakang rumah.

Sebenarnya selalu je Tedi jenguk tanaman cili api di belakang rumah, cuma Tedi tak sempat mengurus dan mengutip hasil tanaman cili api tersebut.

Hari ini Tedi kerahkan Master untuk mengutip hasil tanaman yang ada kerana nampaknya ada lalat mahu bertelur pada sebahagian buah cili api tersebut.

Tedi sempat kira sehingga 30 biji cili api tapi selepas tu Tedi dah tak sanggup nak mengira bilangan mereka, rasanya mungkin lebih 50 biji cili api.

Inilah gambar pertama hasil tuaian cili api yang tak pernah Tedi dapat sebanyak ini.

gambar Hasil tuaian cili padi

Sebelum ini kalau Tedi kutip, Tedi akan kutip semua tak kira saiz dan rupa, namun kali ini kami kutip yang besar-besar sahaja dek kerana jumlahnya yang banyak.

Alhamdulillah, inilah hasil dek penangan hujan yang diturunkan Allah pada bulan ini... sangat berbeza dengan hasil bajaan dan siraman kami sebelum ini...

Sangat berbeza.

20140421