Beberapa kumpulan hadiah pintu untuk majlis kenduri Mak Lang Yan sudah sedia.
Kali ini Mommy menggunakan konsep minimalis dan tema warna ungu. Tema warna itu tak boleh buat apalah kan sebab pengantin yang pilih, hehehe.
Minimalis pun, isinya cuba dimuatkan dengan sesuatu yang orang ramai boleh guna di kemudian hari, dan mengikut perkembangan zaman ia dipenuhi dengan makanan ringan.
Kita hantar yang ini dulu, yang lain bakal menyusul...
2 Ulasan
ohh..ingatkan apa hadiah pintu tadi ni... rupa-rupanya 'door gift' ehehehe... memang basaha melayu orang panggil hadiah pintu jugak?
BalasPadambukan hadiah pintu... cenderamata atau buah tangan... hadiah pintu ni sengaja Tedi merosakkan bahasa... hahaha...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.