Akhirnya Tedi dapat melihat wajah sebenar kompleks ini pada waktu siang.

  • Alhamdulillah, ujikaji berjaya! Akhirnya thumbnails hadir kembali dalam interpretZZ.
  • Jadi sebagai mengenang jasa foto-foto Kompleks Sukan Muadzam Shah semalam, Tedi muatnaik lagi foto-foto Kompleks Muadzam Shah, kali ini pada waktu siang.
  • Ternyata panorama kompleks ini pada waktu siang agak menyamankan.
Kepada semua peminat Hijau Kuning, bangunan yang Tedi menginap ini dinamakan Asrama Hijau Kuning. Jadi jika anda peminat Kedah, kenalah datang menginap di sini ... hehe.. Kami menginap di sini sebaik saja mendarat di jeti setelah pulang dari Pulau Langkawi.

 

 

Siap ada padang bola lagi... gamaknya di sini skuad Kenari berlatih pada setiap minggu? Tiada pula Tedi nampak kelibat mereka...

 

Kalau tak silap, ini padang hoki, kan?

 

Rupa-rupanya ada banyak kemudahan sukan di sekitar kompleks ini. Pada mulanya Tedi terkejut juga sebab pada waktu malamnya memang tak nampak apa. Bila jenguk ikut tingkap pada awal pagi, "Eh, ada padang la!"...

 

Berlatarbelakangkan mercu tanda Alor Star ... nampak tak?

 

Asrama Hijau Kuning ...

 

Batu tanda perasmian kompleks oleh Sultan Kedah pada masa itu, ...

 

Pemandangan kompleks pada waktu pagi ...

 

Tak pandai nak set lighting, maka jadilah foto ni kelabu asap, hahaha...

20120207