Semalam Master beli kasut badminton baru.


  • Harganya RM 80 jenama Power dari kedai Bata. Ia bukanlah kasut badminton pun tetapi kasut training dengan tapak yang agak lebar, sesuai untuk stabilkan diri di atas gelanggang.
  • Ini pertama kali Master beli kasut sukan berharga lebih RM 30.
  • Sebabnya Master mula rasa lebih cergas selepas mula bermain badminton pada minggu lepas.
  • Jadi pelaburan ini diharapkan berbaloi untuk kesihatan Master.
  • Selepas ini mungkin Master akan melabur dengan membeli reket yang lebih bagus pula, iaitu reket yang memang pemain badminton guna.
  • Ditambah dengan belanja RM 10 seminggu untuk sewa gelanggang di Kompleks Sukan Airport Bandar Baru Nilai.
  • Selain itu, Master juga mula main besi selepas habis masa kerja, setakat untuk kuatkan pergelangan tangan.
  • Majulah sukan untuk kesihatan.

28 September 2013