Muzik boleh merangsang pelbagai fungsi berbeza pada otak

Jadi tidak hairanlah manusia boleh berasa gembira apabila mendengar lagu yang mereka suka, tetapi pada masa yang sama  lagu kegemaran manusia itu juga mampu membawa mereka mengimbau nostalgia.

Ahli kaji neuro Amerika Syarikat telah menggunakan teknologi pengimbas pengimejan resonans magnetik untuk memetakan aktiviti otak 21 orang sukarelawan muda.

 

Subjek dipilih kerana mereka mendengar pelbagai jenis muzik termasuk rock, rap dan klasik.

Kajian ini dilakukan dengan memainkan 6 buah lagu, iaitu 4 lagu ikon kepada setiap genre, 1 lagu yang asing kepada subjek, dan 1 lagu lagi adalah lagu kegemaran subjek.

Saintis melihat corak aktiviti yang memberitahu sama ada subjek suka atau tidak dengan apa yang mereka dengari.

Kalau Tedi dengar apa yang Tedi tak suka, tentu sahaja Tedi akan hantukkan kepala ke meja!

Saintis juga mendapati terdapat satu tanda yang memberitahu lagu kegemaran mereka sedang dimainkan.

Lagu yang disukai tapi bukan kegemaran pula akan membuka litar neutral pada kedua-dua belah hemisfera otak yang dipanggil mod rangkaian lalai, yang penting dalam fokus-dalaman pemikiran manusia.

Hippocampus pada otak manusia. Adapun hippocampus pada otak Tedi, tiadalah Tedi ketahui.

Tetapi mendengar lagu kegemaran juga meningkatkan aktiviti dalam hippocampus bersebelahan, kawasan yang bertanggungjawab untuk ingatan dan emosi sosial yang berkaitan

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Laporan Saintifik ini diketuai oleh Robin Wilkins dari Universiti North Carolina di Greensboro. 

Penulis berkata mereka terkejut melihat bahawa corak fMRI di kalangan mereka dalam kajian itu begitu serupa, memandangkan muzik adalah begitu berbeza dan keutamaan adalah satu perkara individu. 

"Penemuan ini mungkin menjelaskan mengapa keadaan emosi dan mental yang setara boleh dialami oleh manusia yang mendengar muzik yang berbeza jauh seperti Beethoven dan Eminem," kata mereka. 

Jean-Julien Aucouturier, seorang penyelidik di Pusat Kebangsaan Perancis bagi Penyelidikan Saintifik (CNRS), memberitahu bahawa ia mengukuhkan teori tentang bagaimana muzik memberi kesan kepada otak. 

"Sehingga kini, terdapat hipotesis bahawa lagu-lagu kegemaran adalah sejenis super-rangsangan, mencetuskan corak yang sama, tetapi yang lebih menonjol cuma satu buah lagu, berbanding dengan lagu-lagu yang lain," katanya kepada AFP. 
"Tetapi kajian menunjukkan bahawa itu kegiatan yang tidak kuat di bahagian-bahagian tertentu otak yang dirangsang, tetapi 'keterkaitan' yang lebih besar di antara pelbagai bahagian otak." 

Penemuan itu turut mencadangkan mendengar muzik kegemaran boleh membantu merawat kehilangan ingatan. 

 Walaubagaimanapun lebih banyak kerja perlu dilakukan untuk melihat jika pengaktifan semula sambungan ke kawasan memori rosak tahan lebih lama daripada jangka masa lagu bermain. 

- AFP Relaxnews