Borang kurus jenazah bersepah di masjid tak laku.
"Borang kursus jenazah di masjid bersepah-sepah tak laku. Borang masuk U, borang biasiswa, tiket konsert, berebut-rebut takut tak dapat. Dunia akhir zaman..." - Ustaz Azhar Idrus

Posisi mayat lelaki dan perempuan di depan imam semasa solat jenazah.
Posisi mayat lelaki dan perempuan di hadapan imam semasa solat jenazah. Sumber: Cara ringkas solat jenazah.


Niat solat janazah. Cara mengerjakan solat jenazah mayat lelaki dan perempuan.
Solat jenazah dilakukan dengan berdiri tegak menghadap kiblat dan jenazah diletakkan di hadapan imam. Hanya ada 4 takbir, tidak perlu ruku',  tanpa i'tidal, tanpa sujud, tanpa duduk antara dua sujud, tanpa duduk tasyahud awal dan tanpa tasyahud akhir.

Kedudukan makmum semasa solat jenazah.
Ketika solat berjemaah untuk solat jenazah, kena berdiri rapat-rapat, tak perlu ruang untuk sujud, cukup dapat berdiri selesa.

Posisi makmum semasa berjemaah untuk solat jenazah.
Ini contoh berdiri rapat-rapat ketika solat jenazah. http://minus-ska.blogspot.com/2013/03/solat-jenazah.html


20140920