Malam itu Master sertai permainan badminton dengan kawan-kawan barunya.



  • Tiba-tiba sahaja ramai yang menegurnya.
  • Teguran itu pula dalam loghat utara, loghat Kedah.
  • "Hang Kedah tang mana?"
  • "Jeles aku dengan jersi hang ni"
  • Master jawab, "Aku asal Negeri Sembilan"
  • "Habis, awat hang pakai jersi Kedah ni??"
  • "Alah, mula-mula aku tengok bola dulu, aku tengok Kedah main cantik."
  • Ramai mula menerima jawapan Master tu walaupun di Malaysia ni selalunya sokongan diberikan kepada pasukan negeri kelahiran masing-masing.
  • "Alah, kalau korang boleh sokong Manchester United, takkan aku tak boleh sokong Kedah?", hujah keramat Master.
  • Setahu Tedi, ada seorang artis Malaysia, iaitu Yusri KRU, suami kepada Lisa Surihani yang gemar memakai jersi pasukan-pasukan negeri di Malaysia, tanpa mengira negeri, mungkin satu langkah selamat dalam menyatakan cinta kepada bolasepak tanah air.
Yusri dengan jersi Pulau Pinang

Yusri dengan jersi Perak

Yusri dengan jersi Sabah

Yusri dengan jersi Sarawak


Lisa Surihani dan Yusri pakai jersi Sarawak


20141021