Malam ini Master meluahkan isi hatinya.

Tedi nak tahu satu cerita?

"Apa dia Master? Ceritalah... Tedi sedia mendengarkannya."

Beberapa minggu yang lalu, dalam wassap kumpulan kawan-kawan Master, mereka sibuk mengundang orang untuk bermain badminton, memenuhkan gelanggang yang ditempah mereka.

Ketika itu WhatsApp kumpulan itu laju dikemaskini dengan kiriman-kiriman penuh semangat kesukanan dan kekawanan. Lajunya kemaskini itu bak bertih digoreng.

Pada mulanya Master cuba menolak kerana Master kan tak pandai bersukan, namun kawan-kawan Master duk sibuk memujuk dengan ayat-ayat klise berbunyi "kalau tak pandai, boleh belajar".

gambar Lin Dan pemain badminton bertaraf dunia sedang terbang menyambut bulu tangkis daripada pihak lawan.
Tak mengapa kalau tak pandai main badminton pun... boleh belajar...

 

Master pun hadirlah menunjukkan semangat kejiranan dan kesukan

Hadir kali pertama, terasa seronok pula sebab dapat mengeluarkan peluh. Jadi Master mengambil keputusan untuk membeli kasut badminton pula.

"Owh, kasut badminton harga RM 80 tu kan?"

Kemudian ketika beraya di Kelantan, Master dianugerahkan pula raket badminton Fleet oleh Tok Abah agar Master dapat bersenam selalu. Kalau guna raket Axel yang digunakan Master sebelum itu.. apalah sangat.

Di samping itu Master turut rajin menonton YouTube untuk mempelajari teknik-teknik badminton dan juga senaman-senaman untuk memperkasakan permainan badminton Master.

 

Perlawanan persahabatan dengan kampung jiran

Minggu seterusnya, kembali dari Kelantan, Master pun bersemangatlah untuk bermain badminton, namun kali ini WhatsApp kumpulan Master tu sibuk memperkatakan mengenai perlawanan persahabatan dengan kampung jiran.

Jadi Master tak bagi nama kerana Master tahu diri Master ini bukan dalam liga mereka.

Perbualan mereka dalam WhatsApp sungguh rancak sehingga pada saat-saat akhir perlawanan persahabatan itu dibatalkan.

gambar dua orang lelaki menembak gunakan senapang bak bertih digoreng
Kerancakan mereka berbual di dalam whatsapp bak bertih digoreng, sehinggalah....

Namun mereka masih rancak ber-WhatsApp bergurau-senda sesama sendiri termasuk mengutuk pasukan lawan yang menarik diri pada saat-saat akhir.

Perasaan Master pada masa itu sungguh gembira berbunga-bunga kerana peluang untuk bermain bersama mereka kembali hadir.

Hinggalah Master bertanya, "Game yang macam biasa tu tak ada ke?"

Krik krik krik...

Kemudian adalah seorang pakcik tu meminta seorang kawan lagi menjawab, namun ...

Krik krik krik...

WhatsApp yang sebelum ini bak machine gun meletup-letup memuntahkan pelurunya bak bertih digorang kini sunyi sepi seperti dilanda garuda! Sampai ke malam kumpulan WhatsApp itu sunyi!

gambar kawasan yang mengalami kemusnahan seperti padang jarak padang tekukur
Sesebuah kampung apabila dilanda garuda kan sunyi sepi kerana mereka bersembunyi untuk mengelak daripada dikesan Sang Garuda. Ramai sangka sunyi sepi kerana kampung itu hancur diserang garuda, tidak beberapa tepat kerana burung hanya menyambar mangsa.
Peribahasa "bak padang jarak padang tekukur" lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan kemusnahan sesuatu kawasan. 

Pada waktu malamnya, selepas 30 minit perlawanan persahabatan yang dijadualkan, Master cuba bertanya lagi.

Adalah pakcik tu jawab, "datanglah, ajak kawan-kawan sekali."

Master balaslah menyatakan masih belum sampai rumah, kononnya sebab tak tahu ada game pada malam itu. Padahal Master dah dapat rasakan kehadiran Master tidak diingini sebab pada malam itu ramai pemain hebat turun kerana mereka berharap dapat menang perlawanan persahabatan itu.

Ditambah lagi dengan adanya kiriman video wassap menunjukkan mereka sedang bermain dengan hebatnya dengan tagline, "practice make perfect"

Tak mengapalah, pinggan tak retak, nasi tak dingin, mereka tak hendak, Master pun tak ingin.

 

Kawan sepejabat Master ajak main badminton

Betul-betul kecewa apabila diperlakukan sebegitu. Mula-mula, it is okay, boleh belajar... si polan tu dulu pun lagi teruk daripada kau... sekarang?

Nasib Master terasa seperti melukut di tepi gantang! Ada tidak dipedulikan, hilang pun tiada siapa perasan.

Tapi kan Tedi, nasib baik kawan-kawan Master ajak Master main badminton.

Ye ke Master?

Ha'ah. Mereka ajak main malam Isnin nanti.

Ah. Master jangan sertai mereka. Tedi nak balik awal!
....
.........
................
..............................
.......................................
...............................................................................................................................
 
Apalah nasib....

20141016