• Semalam Malaysia kalah dengan Vietnam, 1-2 dalam perlawanan Separuh Akhir Pertama di Stadium Shah Alam.
  • Okay la, adat permainan, ada menang, ada kalah.
  • Tapi ada pula penyokong Malaysia ni yang sibuk nak mencetuskan huru-hara.
  • Relax la bro, hero memanglah kalah awal. Tunggu sahajalah keputusan perlawanan kedua nanti.
  • Sedih betullah tengok keadaan sebegini, kerana ia mencemarkan nama baik Malaysia sebagai destinasi perlancongan untuk melihat panda (ada kena mengena ke?).
Gambar penyokong pasukan Vietnam yang ketakutan kerana mengalami gangguan daripada penyokong Malaysia semasa pasukan Vietnam menang ke atas Harimau Malaya. Tak cekal betul hati penyokong Malaysia tu baru kalah sikit nak mengamuk. Kalau tak nak kalah baik tak payah sokong bola sepak la, biasalah tu menang kalah seri adat permainan bola sepak. Perempuan bolehlah mereka kacau. Memalukan kaum penyokong bola sepak Malaysia sahaja, inilah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

 

 

  • Mengenai pemain Malaysia pula, janganlah dikecam sangat...
  • Tedi dah jangka perkara ini akan berlaku kerana sebelum ini kita dibuai dek kemenangan ke atas Singapura.
  • Namun jangan lupa, Harimau yang bahaya adalah Harimau yang cedera!
  • Dari segi permainan Malaysia memang hampeh, namun jika mereka muhasabah diri untuk perlawanan seterusnya, mungkin mereka akan bangkit!

 

Syabas kepada pasukan keselamatan Malaysia yang membantu para penyokong Vietnam daripada gangguan penyokong Malaysia yang berhati tisu, kalah sikit dah nak meroyan.

Perlawanan separuh akhir pertama AFF Championship ini berlangsung pada 20141207 di mana Malaysia kalah kepada Vietnam 1-2.