Bersua Tok Moh di TM Fan Run

  • Satu memori yang terakam dalam benak fikiran Tedi adalah saat Tedi bersua Tok Moh ketika kami menyertai acara Team Malaysia Fan Run.
  • Bomoh? Eh.. bukan Tok Bomoh... tapi Tok Moh.
  • Tok Moh ni Tedi tak kenal sangat, tapi Tedi perasan muka dia ni dalam televisyen apabila ada acara sukan melibatkan kontijen Malaysia, muka dia akan masuk televisyen sama.
  • Tengok sahajalah pakaiannya menunjukkan betapa patriotiknya beliau!
  • Masa kami duk mengintai Tok Moh ni dari kejauhan kerana segan nak interframe, berpusu-pusu orang ramai nak ber-foto dengan beliau... cumanya kalau Khairy Jamaluddin dikelilingi gadis-gadis, Tok Moh pula dikelilingi jejaka-jejaka yang tentu sahaja mengkagumi semangat kesukanan beliau.
Gambar di sekitar Team Malaysia Fan Run
Make your mark
Team Malaysia Fan Run.
Gambar di sekitar Team Malaysia Fan Run
Gambar seorang pelari lelaki berjersi merah putih yang mengambil kesempatan bergambar bersama Tok Moh semasa pesta larian TM Fan Run.
Gambar di sekitar Team Malaysia Fan Run
Gambar para peserta larian memakai jersi Team Malaysia yang tidak melepaskan kesempatan untuk bergambar bersama Tok Moh, seorang peminat sukan Malaysia.
20141207