[Kandungan]

  1. Bagaimanakah caranya untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang menyelinap masuk ke dalam kereta manusia?
  2. Cara menghalau nyamuk dari dalam kereta
  3. Cara hindari nyamuk daripada tertarik kepada kereta anda
  4.  Coretan Tedi mengenai nyamuk:

Bagaimanakah caranya untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang menyelinap masuk ke dalam kereta manusia?

gambar penggunaan jaring anti nyamuk untuk elak nyamuk masuk kereta.
Penggunaan jaring anti nyamuk nampak radikal tetapi mungkin satu langkah yang berkesan.

 

  1.  Erm... Sang Nyamuk ni pun seekor, yang duk ganggu manusia tu kenapa? tak pasal-pasal Tedi terpaksa bersubahat memberikan khidmat bimbingan bagaimana mahu nyahkan kalian dari dalam kereta mereka.
  2. Panduan ini sebenarnya tidak relevan bagi kaum beruang, namun Tedi kongsikan juga dari sudut perspektif manusia.

Cara menghalau nyamuk dari dalam kereta:

  1. Bakar lilin citronella, asap selalunya akan halau serangga. Citronella ni selalunya dalam bentuk cecair, minyak yang dihasilkan dari keluarga serai.
  2. Belah limau dan simpan dalam kereta sambil pintu dibuka.
  3. Buka semua pintu dan jemur kereta di bawah terik mentari.
  4. Simpan daun pandan atau serai dalam kereta.
  5. Bersihkan kereta daripada sampah-sarap seperti dedaunan kering dan gula-gula lama.
  6. ..... sembur racun serangga.... hehe...

Cara hindari nyamuk daripada tertarik kepada kereta anda:

Berikut adalah beberapa panduan bagaimana elak nyamuk masuk kereta...

  1. Jangan simpan benda berbau seperti kasut sukan. Karpet kereta pun kena bersih selalu.
  2. Gunakan pe-nyah bau berasaskan karbon aktif, atau dipanggil arang... lebih baik berbanding guna pewangi kereta.
  3. Jangan gunakan sarung tempat duduk daripada kulit sintetik, sebabnya ia menyebabkan anda berpeluh, dan bau peluh itu melekat padanya, dan nyamuk sasarkan mangsa salah satunya melalui bau peluh.
  4. Jangan letak kereta di kawasan yang tidak berapa nak bersih.
  5. Langkah lebih radikal yang digunakan oleh omputeh adalah dengan memasang jaring anti-nyamuk pada tingkap kereta, banyak produk sebegini boleh dilihat pada portal pembelian atas talian seperti Amazon.

9 Mei 2015, 20150509

 

 Coretan Tedi mengenai nyamuk: