Kebelakangan ini Tedi melihat satu trend yang agak membimbangkan berkaitan tanda HALAL yang dilesenkan JAKIM

  • Mari kita melihat mengenai kepentingan tanda HALAL JAKIM, ia:
    • sebagai sumber rujukan kepada umat Islam di Malaysia khususnya berkaitan kehalalan produk makanan,
    • sebagai satu penanda aras mengikut nas Al-Quran.
  • Namun sedih apabila Tedi melihat tanda HALAL JAKIM ini tidak kita sokong sepenuhnya, terutamanya apabila produk yang gagal mendapat tanda HALAL JAKIM atau yang ditarik lesennya itu adalah produk yang kita gemari!
  • Mula keluar pandangan seperti: "Apa yang JAKIM kata halal tak semestinya halal, dan apa yang JAKIM kata tak halal, tak semestinya haram!"
  • Tedi bersetuju dengan pandangan ini dari satu sisi, ia adalah pandangan yang benar.
  • Namun Tedi masih mahu tanda HALAL JAKIM itu disokong, kerana apa?
    • Seperti Tedi kata, ia adalah tanda aras kehalalan produk di Malaysia. Dengan adanya tanda aras, kita takkan mudah diperlekehkan oleh mereka yang tidak menghormati syiar Islam. Apabila ada penanda aras mereka terpaksa menurut, lebih-lebih lagi apabila mereka menerima kesan buruk (dari segi keuntungan) jika tidak mendapat status HALAL.
    • Jadi, jika HALAL JAKIM teguh, insya-Allah nanti seantero Malaysia produk makanannya halal.
  • Justeru itu Tedi jadi tak berapa setuju dengan JAKIM sendiri apabila mereka mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menyatakan penarikan lesen HALAL kepada sesejenis produk itu adalah bukan kerana dihasilkan oleh bahan haram tapi kerana pelanggaran prosedur kebersihan!
    • Islam bukan menyatakan bahan haram sahaja boleh menyebabkan sesuatu makanan itu haram dimakan, tetapi juga:
      •  makanan yang boleh memudaratkan,
      • makanan yang dihasilkan melalui proses yang kotor,
    • Jadi buat apa JAKIM nak membela pula syarikat tertentu? mungkin takut disaman? Keputusannya patut hanya 2 iaitu disahkan HALAL atau tidak disahkan HALAL. Jika mereka nak status HALAL, pandai-pandailah mereka patuhi apa yang telah disyaratkan.
    • Tapi mungkin juga mereka tak mahu mendapat dosa fitnah, maka mereka pun memberi penjelasan sedemikian. Selepas ini syarikat tersebut tak perlu HALAL JAKIM dah, sebabnya kenyataan JAKIM itu memberitahu kepada umum bahawa produk mereka HALAL walaupun tiada HALAL JAKIM.
  • Kita ini selalu berat sebelah. Bihun cap Masjid boleh pula dihentam habis-habisan mungkin kerana ia hanya sekadar bihun? Cuba ia adalah produk beef steak yang sedap dimakan, mungkin ada sahaja yang mempertahankannya, dan menghentam HALAL JAKIM kerana tidak menghalalkannya.
  • Jadi jika kita mahu kukuhkan HALAL JAKIM, maka kenalah percaya bahawa apa yang mereka sahkan HALAL, adalah halal untuk kita. Tapi kalau was-was hukumnya tetap haram, maka kita bolehlah menjauhi produk itu, tapi jangan dikutuk JAKIM, melainkan diberi komen membina.
  • Kalau yang mereka tidak atau belum sahkan HALAL tu maka kita tunggulah sampai produk tu dapat HALAL JAKIM, tapi jangan memandai kata produk itu haram pula.
  • "Jika produk itu HALAL, kenapa mereka tak mohon HALAL JAKIM?" - pertanyaan sebegini mungkin boleh menguatkan keazaman kita.

Sekian pendapat Tedi pada masa ini, jika ada ketidakpuasan hati, atau ada penjelasan, bolehlah komen di bawah.