Mungkin ramai terfikir komputer apa yang semahal itu?

MOUNTAIN VIEW, CA - 24 Jun 2013:  komputer Apple-1 buatan tahun 1976, dipamerkan di First Bytes: Iconic Technology From the Twentieth Century, satu lelongan atas talian yang melibatkan produk teknologi vintaj bertempat di Computer History Museum pada 24 Jun 2013, Mountain View, California. (Foto oleh Justin Sullivan/Getty Images)

  • Jawapannya, Apple I adalah komputer generasi pertama Apple, boleh dikira sebagai dinosaur dan nenek moyang kepada iPhone mahupun iPad.
  • Dan siapa pula yang sanggup menyerahkannya ke pusat kitar semula dengan percuma? Mungkin dia tidak tahu nilai komputer tersebut?
  • Naib presiden Clean Bay Area menyatakan perempuan yang menyerahkan komputer itu membersihkan rumahnya selepas kematian suami dan tidak mengambil apa-apa sebagai bayaran.
  • Selepas syarikat itu membuka bungkusan barulah mereka tahu apa isinya, dan pada mulanya mereka menyangka ianya barangan palsu.
  • Namun ternyata ia asli dan terjual pada harga $200,000 atau RM 739,380! Boleh beli rumah yang kami duduk sekarang ni 3 buah!
  • Selain itu Apple 1 juga pernah terjual pada harga $387,750 atau RM 1,433,472.97! Satu juta ringgit tu, wawawawa......
  • Kini syarikat itu mencari wanita tersebut dan mahu memberikan separuh daripada hasil jualan Apple 1 itu.