Mommy pernah berbicara bahawa pada suatu hari ada seorang ustaz datang ke pejabat beliau dan memberi ceramah.

Salah satu ayat yang diungkapkan oleh si ustaz itu adalah, "cintanya, sayangnya manusia pada kereta sehingga ke kedai pun kunci stereng, padahal kereta biasa-biasa pun".

Master yang memandu kereta biasa-biasa saja berasa agak sentap.

Sentap bukan kerana kata ustaz tu kena batang hidungnya iaitu stereng kereta dikunci Master walau di mana pun, sekalipun di surau atau masjid, kerana cintakan kereta itu.

gambar dua lelaki cuba curi kereta pada siang hari di kawasan lapang

Tapi Master sentap kerana kata ustaz tu agak kurang tepat.

Master kunci stereng kereta itu hanya sebagai usaha tambahan untuk menjaga harta yang diamanahkan kepadanya, sebelum beliau bertawakal kepada Allah.

Bukankah kunci kepada tawakkal adalah usaha?

Bukankah masyhur kisah bagaimana Rasulullah SAW menyuruh seorang sahabat menambat haiwan kenderaan beliau ketika sahabat itu ke masjid?

Master mengunci stereng kereta itu kerana cuba mengamalkan apa yang Rasulullah SAW pernah ajarkan. Sekaligus menuruti sunnah.

Adakah itu cinta dunia? Jika cinta dunia pun tak salah jika ia untuk akhirat. Lagipun mencintai sesuatu amalan kerana ia ajaran Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam itu insya-Allah satu usaha mencintai Baginda.

Bukanlah Master nak pertikaikan apa yang Ustaz tu kata sebab Master faham maksud dia nak manusia jangan pandang harta duniawi, jangan sayang sangat ke harta tu, tapi dari sisi yang lain, Master nak khabarkan perlakuan Master tu cuma satu penghayatan ajaran Rasulullah sollallahu alaihi wassalam.

Lagipun cikgu Master pernah kata, jangan argue ilmu yang dikongsi gurumu dan dilagakan dengan didikan daripada gurumu yang lain, itu adab menuntut ilmu. Jika rasa tidak berapa setuju, tanya, mungkin ada apa yang kami salah fahami.