Setelah sekian lama menanti, akhirnya PBO dilancarkan

  • Terjaga awal pula Tedi pagi ini, resam apabila kerja sekolah membebani, kali ini dek kerana pelancaran sistem PBO 1.0 yang telah lama dinanti.
  • PBO adalah satu sistem berasaskan web yang membolehkan pengguna mengurus konfigurasi sistem Point of Sales di serata Malaysia secara pasif, yang bermaksud ia tiada hubungan terus secara masa nyata.
  • Sistem sulung ini Tedi tahu tidaklah sebagus mana terutama untuk pengalaman pengguna namun secara konservatif, ia berfungsi dengan baik dalam melaksanakan tugasnya. Pelancarannya nanti tentunya akan hadir bersama seribu satu cabaran yang lazimnya hadir bersama mana-mana sistem, dan tentunya cabaran pertama adalah untuk meyakinkan pengguna untuk menggunakannya.
  • Semalam sehari suntuk Tedi troubleshoot semua masalah yang menghalang PBO dari dilancarkan lebih awal, iaitu masalah sambungan kepada LDAP dan juga masalah AJAX tak berfungsi.
  • Untuk masalah pertama, ironinya Tedi hanya batalkan semula akaun pengguna server yang telah dicipta khusus untuk PBO, dan Tedi benarkan IIS_IUSR untuk access folder yang berkaitan. Macam tak dapat nak relate apakah hubungan di antara konfigurasi itu dengan LDAP?
  • Selepas selesai masalah LDAP, timbul pula masalah rekod yang dicapai menggunakan AJAX tidak dipaparkan sebaliknya hanya mesej Error Method 401 atau Error Method 500 dipaparkan. Setelah beberapa pembacaan dibuat, Tedi akhirnya dapat menyelesaikannya dengan hanya mendaftar semula IIS dengan arahan "reg_iis -i" kalau tak silap.

Masalah semasa keluar masuk parkir bulanan.

  • Master meminjam pas bulanan kawannya kerana pas bulanan Master dipinjam kawannya yang tidak dapat hadir ke pejabat kerana anak beliau digigit anjing.
  • Masalah pula semasa nak masuk keluar parkir pada petang semalam mungkin kerna Master meletakkan kereta di zon bukan untuk pas bulanan.
  • Pagi ni tak tahulah nak cuba masuk parkir guna apa, sama ada menggunakan tiket dahulu, kemudian baru cuba gunakan pas bulanan kawan Master itu.
  • Janganlah kad itu disenarai hitam pula... sudahlah ia hanya pinjaman orang... huhuhuhu.